Khamis, 28 Mei 2015

Hari-Hari Tipikal Di Kelantan



Jom saya nak share sikit pasal ape yang tipikal di Kelantan.
  • Ini Kak Pah. Kak Pah nih menjual char kuew dan roti goreng kat Berek 12. Saya selalu singgah beli kat gerai Kak Pah sebab roti goreng dia rangup dan sedap.

  • Kenal tak apa ni ? Ni bukan etak tapi dikenali sebagai lokey. Shape nampak sama macam etak tapi size dia lagi besar dan sudah tentu isinya lagi banyak. Saya sendiri tak tahu kalau orang lain masak macam mana tapi bagi saya sendiri saya prefer just bakar macam tu jea tanpa menambah perasa. Lepas tu cicah dengan air lada. Yummmm


  • Dalam banyak buah, buah apa bijinya di luar ? Saya dah anda semua mesti dah tahu jawapannya kan ? Sudah tentu ianya ketereh. Daun dan buahnya sedap dimakan sebagai ulam. Bijinya pulak dibakar dibuat snek. 
 

  • Buah tanjung, tahi itik dan jala mas. Bulan puasa mesti kena ada kuih nih. 
 

  • Buah keredas. Bau dia lagi busuk dari jering dan petai. Kalau masuk toilet alamatnya taruklah 1 botol pencuci pun bau dia payah nak hilang tapi sedappp makan dengan budu.
 
  •  Selain pasar siti khadijah, berek 12 dan jugak pasar-pasar lain kat Kelantan, terdapat jugak kedai-kedai yang menjual barangan basah sepertimana kedai abe mie kat Tapang. Banyak pilihan dan jugak ikan-ikan kat sini fresh serta convenient bagi penduduk berdekatan area cherang dan panji serta demik.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...