Myvi Ke Sape Yang Salah

Malang tak berbau. 3 sekeluarga maut dalam satu kemalangan ngeri di DUKE melibatkan kereta Pajero dan Myvi yang dikatakan berlumba time tu. Manakala 2 anak mereka iaitu yang menaiki pajero sepatut ambil dikampung pulak menjadi yatim piatu.

Rata-rata apa yang ambo perhatikan di facebook terutamanya mengecam dan geram keatas geng Myvi yang berlumba pada masa itu yang mengakibatkan kematian pada pihak lain. Kesemuanya mahu yang bersalah pada malam itu dibawa kemuka pengadilan untuk mendapat hukuman yang sewajarnya. Ada jugak yang mungkin terlalu marah dan emotional kalau boleh mahu menghukum dengan tangan sendiri. 
 
Kalau marah kalau geram yang tu ambo paham. Tapi yang ambo tak paham kenapa semua pemilik Myvi menjadi mangsa ? Kenapa kereta Myvi yang disalahkan ? Nak lepas geram pun tak wajar menggelar pemilik Myvi sebagai babi dan memanggil kereta Myvi sebagai kereta murahan untuk yang tak berduit. Tak baik lah macam tu. Takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ini bukan masalah kereta Myvi tapi lebih kepada attitude yang memandunya. Kalau sang pemandu type drive memang bahaya, bagilah kereta apa pun, macam tu lah jugak cara pemanduannya. Tak akan berubah. 
 
Nak mengecam pun janganlah sampai abih semua Myvi hendak dipersalahkan. 
 
Ke guano adik kakak semua


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu