SPNB Bina Apartment Di Tunjong


Sape pernah berkunjung ke KB Mall ketika MAPEX pasti tertarik dengan tawaran oleh pihak pemaju time tu kan.

Kenal SPNB ? Iaitu syarikat milikan kerajaan atas tujuan membina kediaman pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Time pameran hari tu apa yang menarik perhatian saya adalah projek apartment di Tunjong sana.

Menggunakan brand Aspirasi, apartment ini akan dibina berdekatan RTC, klinik, masjid dan bank diatas pegangan pajakan selama 99 tahun.


Kalau dilihat pada website SPNB, harga unit bermula pada rm 170000.00 dan pada hemat saya sudah dikira berpatutan. Yang masih saya tak tahu luas sebenar unit tersebut dan jugak jumlah bilik yang ada pada unit tersebut.

Inshaallah minggu depan saya akan ke SPNB cawangan kelantan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dan sudah tentu nanti akan saya kongsikan bersama anda semua.

Owh yaa !! Lupa pulak saya. Sesiapa yang berminat bolehlah ke website SPNB untuk register yea.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan