Kenapa Pilih Kelantan

Kenapa pilih Kelantan

Itu adelah soalan sama yang sering ditujukan oleh kenalan kepada saya bila mengetahui saya menetap dan bekerja di Kelantan. Bagi mereka ianya satu yang pelik dan keberuntungan kepada saya. Mana taknya kalau dalam kelas saya dulu, hanya saya dan seorang lagi member yang menetap di Kelantan. Yang lain semua menetap dan bekerja di luar Kelantan, mostly kat Lembah Klang.

Asal dulu, saya tak plan lansung pun nak menetap di Kelantan. Ingat saya, lepas habis belajar saja saya ingat terus nak cari kerja kat luar Kelantan. Tapi kerana time saya habis belajar dulu, ayah saya diserang sakit ahmar, dan memandangkan tiada siapa yang dapat membantu mak saya di rumah, saya memilih untuk tangguhkan dulu plan saya untuk memasuki alam pekerjaan. Dekat setahun jugak saya tidak bekerja, senang cerita menganggur. Kadang-kadang malu jugak kat member-member saya dah ramai bekerja sedangkan saya masih lagi menganggur. Takpelah, janji saya dapat bantu mak saya jaga ayah yang sakit kat rumah.

Saya mula start balik cari kerja bila kakak saya yang bekerja di luar Kelantan pulang dan menetap di Kelantan. Kalau dulu hanya saya yang tolong mak, sekarang kakak dan suaminya dah ada, jadi mereka dapat tolong sama jaga ayah saya. Lagi pun time tu, ayah saya dah mampu balik menguruskan dirinya sendiri, tak macam awal diserang angin ahmar, lumpur separuh badan. Time cari kerja nih lah rasa stress sangat. Punyalah banyak mintak, rasa saya beratus kot resume saya hantar untuk apply kerja, satu pun tak panggil interview. Memang tensen time tu. Nak dijadikan cerita, saya dipanggil interview dan alhamdulillah, saya ada rezeki masa tu, saya sudah dapat kerja dan yang bestnya lagi, saya ditempatkan di Kelantan.

Memang lepas tu hinggalah sampai sekarang saya masih lagi bekerja dan menetap di Kelantan dan saya takde lagi terfikir nak pindah kerja kat luar.

Ramai jugak yang bertanya tak rugi ke dengan kelulusan yang saya ada tambahan lagi dikira kritikal, senang-senang saja saya dapat kerja dengan gaji lumayan di luar sana berbanding dengan gaji kat Kelantan yang dikira lebih rendah. Saya tahu kalau kerja lain gaji lebih banyak tapi saya bukan sebab gaji. Kalau tak, dah lama saya menerima tawaran bekerja di luar negara tapi saya tolak.

Sebenarnya ada sebab lain.

Antaranya yang paling utama adalah saya dekat dengan family saya. Saya tak perlu tunggu cuti hari raya ataupun cuti-cuti lain untuk pulang ke kampung untuk bertemu muka dengan family kerana hari-hari saya dapat jumpa family saya.

Walaupun gaji mahal di luar sana, kos hidup diluar sana pun tinggi. Saya kat Kelantan nih, walaupun maybe gaji kurang sikit tapi kos hidup sini rendah dan kerana saya menetap dengan family, banyak kos seperti sewa rumah, minyak kereta dan banyak lagi kos kalau hidup di belah luar dapat saya jimatkan. Gaji besar keluar pun besar. Gaji sikit macam saya nih tubik pun sikit je lah.

Then, saya dapat spend masa lebih banyak untuk buat perkara lain di luar waktu kerja kalau nak dibandingkan kalau kerja di luar sana. Saya pernah dulu menerima latihan di Lembah Klang. Awal pagi dah kena bangun, kalau tak saya tak sempat sampai ke office on time. Bila habis office hour, bukan kata balik terus sampai ke rumah. Pergi kerja pun jem. Balik kerja pun jem. Kat Kelantan, bukan kata tak jem tapi taklah seteruk seperti kat Lembah Klang. Sampai nak breakfast pun tak sempat. Kat Kelantan, saya sempat lagi nak brekfast dan tengok tazkirah sebentar kat tv. Boleh buat macam tu kalau saya kerja kat luar ?? Nearly imposibble kot.

Makanan pun boleh diambil kira jugak kot. Tekak saya nih tak tahu kenapa kalau tak makan budu rasa semacam jea. Ayam percik, nasik kukus, nasi kerabu, sotong sumbat, pulut hitam, lawa, pengat pisang, mak aihhh banyaknye nak list down. Sukar tu nak dapat kat luar tu.

Saya nih orang kampung dan saya membesar dengan suasana kampung. Biarlah orang nak kata saya takleh nak menerima perubahan, katak bawah tempurung tapi saya memang tak sesuai dengan gaya metropolitan dan gaya bandar di luar sana. Saya still budak kampung dan saya rasa tenang dapat dengar kokokkan ayam time waktu subuh.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri.

Ulasan

  1. org pun tanya benda yg sama jugak kat sy. tapi bezanya sy lahir n membesar n belajar kat kl. graduate. menganggur lg sbb susah cari kerja kat klntn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang nih bukan di Kelantan sahaja susah nak mencari pekerjaan tetapi jugak luar kelantan kerana keadaan ekonomi malaysia sekarang yang tertekan.

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan