Perkhimatan KTMB Sektor Pantai Timur Bila Nak Dibuka

Adakah DMU untuk laluan pantai timur macam nih nanti ???

Menurut apa yang saya baca dalam berita Bernama, president KTMB, Sarbini Tijan bagitau yang laluan keretapi pantai timur hanya akan dibukak balik pada hari raya cina tahun depan iaitu februari 2016.  

Kerja baik pulih start last month iaitu bulan Mei dan disebabkan banyak sangat kerosakan berlaku deh bah besar, hanya next year baru siap. Tu pun siap sampai kat Gua Musang jea. Dari Gua Musang, KTMB akan menyediakan samada bas atau teksi untuk para passenger menyambung perjalanan ke destinasi mereka. 

Pasal upgrading laluan Gemas ke Tumpat, menurut menteri bertanggungjawab, kerja hanya bermula ogos ini dan ambik masa 24 bulan untuk siap. Lebih kurang 390 juta ringgit turut diperuntukkan untuk baiki balik prasarana yang terjejas sepanjang laluan Gua Musang ke tumpat. Beberapa DMU turut dibeli oleh kementerian kewangan untuk menggantikan lokomotif yang tenggelam time bah hari tu, dalam 6 bijik jugak yang tenggelam.

Lastly, ada proposal untuk membuka balik laluan dari Tumpat ke Thailand tapi akan diteliti dulu oleh kementerian terlibat sebab melibatkan banyak isu lain contohnya pasal isu keselamatan. Tapi kalau betullah jadi bukak balik laluan dari Thailand tu, memang naik balik lah Tumpat sebab sudah tentu keretapi nak gi Thailand perlu stop dulu kat tumpat untuk pemeriksaan kastam dan immegresen.

Ulasan

  1. betul ke dmu nie jadi coach utk ke pantai timur??... apa kelebihan dmu berbanding coach sebelumnye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau apa yg dilaporkan dalam berita mcm tu lah. dmu yg baru beli tu brand new. kan yg sebelum nih dah berabad usia. dah la slow

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan