Sahabat Sejati

Man berasa cukup perit. Dugaan bertimpa-timpa keatasnya. Sudahlah dibuang kerja kerana sabotaj rakan sekerja, kereta pulak ditarik, lepas tu pulak dituduh sakit mental. Man tidak pernah susah sebelum ini dan apa yang menimpanya membuatkan dia rasa tak tertanggung. Pernah dia terfikir untuk terjun saja dari bangunan untuk bunuh diri, biar selesai masalah. Tapi langit tidak semestinya mendung, Man yang hampir rebah disambut tanganya oleh Amran. Amran lah yang membimbing Man, menasihatnya dan menolong meringatkan beban kewangan Man setakat yang termampu.

Suatu petang, time mereka sedang duduk minum-minum disebuah gerai, Man berkata "Thanks Amran. Kau banyak tolong aku. Kalau sebab bukan kau lah, tak tahulah jadi ape kat aku. Dah lah aku nih mak ayah pun takde." 

Jawab Amran "Kau kan sahabat aku. Time nih mungkin aku tolong kau, mana tahu esok esok aku susah kau pun buat perkara sama kat aku."

Lumrah atau sudah menjadi adat, time kita senang, ramai jea nak berkawan dengan kita. Pergi mana-mana mesti bersama. Gelak pun sama-sama. Bak kata macam belangkas, macam adik beradik tak boleh dipisahkan. 

Tapi kalau itu time kita gelak, time kita menangis ? Satu demi satu kawan tinggalkan kita. Call pun tak angkat. Mesej pun tak dibalas. Kita rasa seperti nak mengungkit apa yang selama ini kita buat atas mereka tapi apakah daya, hanya sekadar berkata-kata saja mampu buat. Kita kesepian dan keseorangan menempuh kepayahan yang dihadapi itu. 

Alangkah beruntungkan kalau kita pun ada kawan yang boleh kita gelar sebagai sahabat sepertimana Amran kan ? Inshaallah ada. Mungkin dalam jutaan kawan kita itu, seorang adalah sahabat kita. 

Tapi sebelum kita yang meminta-minta seorang sahabat, eloklah kita balik kepada diri kita dulu. Tanyakan pada diri, adakah kita ini layak digelar seorang sahabat ? Jika ya alhamdulillah, jika tidak cubalah untuk berubah. Berubah menjadi teman yang baik.

Tapi macam mana pulak teman yang baik itu ? Teman yang baik itu adalah seorang yang mahukan kebaikan kepada temannya yang lain. Demi untuk kebaikan sahabatnya, walaupun pahit tetap diluahkan juga semoga sahabatnya itu tidak terbabas dalam kelalaian. Dia menjaga erat rahsia sahabatnya, bukannya menjajanya pulak kepada orang lain. 

Kalau nak diberitahu satu persatu memang tak habis ciri-ciri sahabat yang baik nih. Cuma ingat satu jea. Sahabat yang baik adalah seseorang yang inginkan kebaikan kepada temannya. 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu