IKEA di Kota Bharu Kelantan

gambar adalah carian google

Ada desas desus mengatakan yang Ikea akan dibuka kat Kota Bharu. Tak dapat dipastikan samada info tu sahih ke tak sebab ianya hanya cakap-cakap orang ramai bukannya dari official management Ikea sendiri.

Khabarnya Ikea tu nanti akan dibina atas tapak seluas 25 ekar kat Lembah Sireh. Exact location pulak katanya berdekatan dengan Aeon Mall KB dan berdekatan dengan PPA1M kat Lembah Sireh tu. 



Desas desus mengatakannya yang Ikea sudah pun mendapat kelulusan dari pihak bertanggungjawab tempatan dan pembinaan dijangka dimulakan tahun depan. 

gambar adalah carian google

Nak kata taknak percaya nak percaya jugak sebab mungkin Ikea bukak kat Kelantan untuk mewakili kawasan pantai timur. Ikea akan dibukak kat Johor untuk kawasan selatan dan di Pulau Pinang untuk kawasan utara. So tak mustahillah kat Kelantan untuk kawasan pantai timur.

Ape-ape pun kita tunggu jelah tengok tahun depan macam mana. Kalau betullah Ikea jadi sungguh dibina kat Kelantan, lepas nih memang puas hatilah sebab hari-hari boleh makan meatball....hehehe...

Inshaallah saya akan update dari semasa ke semasa. Sambil itu anda jugak boleh follow facebook rasmi Maafsebut dengan klik kat SINI.

Ulasan

  1. Dlm buletin utama mlm td Ada sebut IKEA akan buka cawangan baru di Melaka,Ipoh & Pantai Timur semenanjung pada thn ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu