Sabtu, 17 September 2016

Idea Untuk Airport Kota Bharu


Sudah sedia maklum yang airport Kota Bharu akan dinaiktaraf oleh kerajaan untuk mengatasi kesesakan dan supaya airport ini boleh berkembang dimasa depan. Dari kapasiti 1.5 juta per annum, ianya akan dinaiktaraf untuk menampung kapasiti sehingga 4 juta penumpang setahun.

Just untuk suka2, maybe airport Kota Bharu bukan sekadar tempat untuk ke point A ke point B. Maybe ianya boleh berfungsi lebih dari itu. Apakata airport KB juga boleh berfungsi sebagai sebuah shopping mall. Ianya nanti bukan saja dapat menarik penumpang2 yang menunggu pesawat untuk shopping tapi jugak suitable untuk penduduk tempatan. Maybe boleh accommodate grocery store macam Mydin ke sebijik.

  airport hongkong - www.discoverhongkong.com

Bagaimana pulak dengan hotel ? Saya perhatikan kebanyakkan airport kat serata dunia mesti ada hotel samada untuk transit sejam dua ataupun untuk bermalam. Even KLIA pun ada Sama-Sama Hotel nearby. Saya rasa kalau ada hotel nearby ataupun dalam airport KB compound memang suitable sebab salah satu sebabnya kota bharu memang kurang hotel yang bertaraf 4 dan 5 bintang. Kalau ada hotel dalam airport kan mudah, tak perlu lagi untuk penumpang terutamanya yang transit untuk ke terengganu, untuk bersusah payah nak cari hotel kat tempat lain. Mungkin Hotel Perdana boleh bukak sebijik kat airport KB. Betul tak ?

Pasal makanan pulak. Typically, saya selalu ke airport awal kalau perlu ke KL. Selalunya nothing can be done kat airport KB melainkan naik kat atas, kat area KFC, beli ayam, tunggulah kat situ sampailah time untuk boarding. Boringlah asyik KFC jea. Orang kita kan suka makan. Apa kata kat airport KB nanti disediakan ruang yang secukupnya untuk f&b. Banyakkan local delicacies dijual kat airport KB nanti. Baru best, sambil2 tunggu nak naik kapal terbang, boleh pegi try makan macam2. Lepas tu pulak, kalau korang perasanlahkan, orang kite nih, oghe kelate, kalau sorang jea nak naik pesawat, mostly, whole family akan pegi hantar kat airport. Jadinya, kalau ada pelbagai kedai2 makan menarik nanti, boleh lah bawak diorang makan2 kan. Baru best. Takdelah bosan nanti sambil nak tunggu yang dihantar tu boarding. Kedai makan atau kiosk tu nanti kenalah modern. Orang kelantan pun nak up to date jugak.

www.businesswire.com

Bagaimana pulak dengan library ? Yea..airport KB perlukan library. Orang macam saya memang perlukan library to kill time sebab saya suka membaca. Takdelah perlu besar sangat tapi material bacaan tu kenalah pelbagai barulah best. Jangan jadi macam pustaka komuniti kat aeon mall kb tu, alahai, saya tengok pun sedih, nak masuk pun pikir 2 kali sebab tengok buku2 tak berapa ada, mana menarik macam tu. Lepas tu library kat airport tu nanti design takleh rigid. Kena dalam bentuk santai baru best nak khusyuk membaca.

www.mvarchitests.nl

Saya dah abih idea apa lagi boleh letak dan perlu ada kat dalam airport KB nanti. Cuba korang pulak share idea korang yang bernas apa yang perlu ada dalam airport KB supaya ianya tak boring dan suitable jugak untuk penduduk tempatan even diorang bukannya nak naik pesawat ke apa. 


6 ulasan:

  1. Makanan dlm airport gak mahal po bedil lah...ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biaso laa tu..kt airort mana2 pun, benda gitu kita kena anggap sbg normal. Jadi pandai2 lah kita ambil inisiatif sendiri 😉

      Padam
  2. Makanan dlm airport gak mahal po bedil lah...ha3

    BalasPadam
  3. Contoh dah ada kat Malaysia ni, KLIA2. Jadikan airport KB sebijik KLIA2 x payah pecah kepala fikir banyak²

    BalasPadam
  4. Wat mrt,lrt,aerorail,monorail,erl,komuter,uber,bas dll perkhidmatan lg

    BalasPadam
  5. Wat mrt,lrt,aerorail,monorail,erl,komuter,uber,bas dll perkhidmatan lg

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...