Lebuhraya CSR dari Kota Bharu ke Kuala Krai ke Simpang Pelangai (Kuala Lumpur) Siap 2020



Ini berita baik yang ambo nak share. Kerajaan akhirnya akan mengeluarkan LOI september ini untuk syarikat2 bagi menyiapkan sepenuhnya pakej LEBUHRAYA CSR dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bernilai RM6.6billion.
Projek nih delay hari tu sebab kerajaan banyak fokus kepada Pan Borneo Highway kat sabah dan sarawak. Hanya baru2 ini sahaja highway CSR nih diberi perhatian balik. Highway CSR sebagai info adalah projek penting berimpak tinggi untuk meningkatkan ekonomi di Pahang dan Kelantan terutamanya.


Pakej2 yang terlibat adalah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit (51km), Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang (63km), Gua Musang ke Kg Relong, Pahang (107km), Kg Relong ke Raub (56km), Raub ke Bentong (60km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53km).


Sebahagian lebuhraya CSR macam kat area Kota Bharu ke Kuala Krai dah pun tengah dibina, manakalah sebahagian lagi sudah pun dibukak kepada lalu lintas seperti jajaran Felda Chegar Perah 2 ke Kg Kechur, Pahang.
Yang syoknye lagi projek ini melibatkan pembesaran jalan persekutuan kepada 4 lorong dan dijangka siap tahun 2020. Dah tak lama tu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu