Macam Mana Nak Cari Kerja Di Kelantan


Saya pasti ramai anak kelantan diluar sana ataupun yang memang dah menetap kat kelantan kalau boleh nak jea kerja di kelantan, taknak kerja kat luar. Sebab tu kalau kita lihat, ade jea kekosongan, bukan sedikit yang apply. Tupun tak pasti dapat ke tak kekosongan yang dipohon. Kenapa tak dapat even dah berkali2 memohon ? Senang jea jawapannya sebab jawatan yang kita pohon tu kadang2 tak sesuai pun dengan kita. Memanglah kita cuba nasib tapi tengoklah jugak requirement kekosongan tu apa. Ambik contoh, kalau jawatan tu jelas requirement bagitau kena pandai memasak. Kita nih pulak tak reti memasak lepas tu kononnya nak cuba nasib apply sebab nak sangat keje kelantan. Memang confirmlah tak dapat. 



Selalunya melalui apa yang saya tanya pada yang tengah cari kerja nih, kat mana diorang selalu check kekosongan yang ada kat kelantan, jawapan mereka mostly kat jobmalaysia ataupun mudah.my. So, saya cubalah try check kat 2 website nih. Honestly saya tak berapa suka sangat jobmalaysia sebab nak apply tu susah. Even kalau position tu memang kena dengan kita pun, nak apply takleh, mesti keluar jawapan entah apa2. Kalau kat mudah.my pulak saya check setakat kekosongan yang hanya memerlukan SPM atau tak memerlukan apa2 sijil. Saya taknaklah macam tu. Sebab saya nak cari kekosongan yang atleast diploma, barulah gaji yang ditawarkan pun lebih tinggi. 

Kerana itu timbul idea why not saya sendiri yang carikan kekosongan yang ada lepas tu share dengan anak2 kelantan yang tengah cari kerja tu. 



Saya dah start mula share pasal kekosongan kerja kat kelantan nih bermula dari bulan julai lagi dan saya seboleh mungkin untuk update setiap hari kekosongan yang ada kat Facebook MAAFSEBUT. Jadinya bagi anak kelantan yang mencari kerja tu, jangan lupa sentiasa follow fb maafsebut nih, kalau tak terlepas pulak update saya pasal kekosongan jawatan kerja.

Kalau ade nak tanya pasal resume ke, pasal kerja ke, tak kesah lah pasal apa tapi berkait dengan career, anda boleh terus whatsapp kami kat 0167522320 deh. Inshaallah kami akan cuba bantu sedaya kami. 

Kami jugak ada menyediakan khimat untuk edit/ubah/ repair resume. Caj kami pun tak mahal. Hanya RM30 sahaja. Inshaallah anda pasti berpuas hati dengan service yang kami berikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah email resume yang nak edit tu ke skybird4life@gmail.com dan alert kami melalui whatsapp 0167522320

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan