Betul Ke Kalau Berniaga Gerai Tepi Jalan Menjana RM10000 Sebulan ?


Saya ada pernah terbaca dulu sekali satu artikel yang diviralkan kat facebook pasal berniaga gerai tepi jalan tu boleh dapat RM10K sebulan. Menurut artikel tersebut, let say ambil contoh jual air. Air berharga RM2 segelas. Lepas tu sehari jual 150 gelas. Jadinya sehari dapat RM300. Kalau sebulan dah RM9000. Perghh banyak tu !! Saya baca pun rasa teruja sampaikan teringin jugak nak bukak gerai untuk menjual air. Lepas tu dalam artikel tu lagi ada bagi contoh jual nasik jugak. Nasik harga RM3.00. Sehari jual 100 bungkus. Sehari dapat RM300. So sebulan dah dekat RM10K tu dapat. Memang kalau baca artikel ini cukup menaikkan semangat. 

But in reality, betul ke macam tu ? 

Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanyakan khabar kepada mereka yang berniaga sehari2 membuka gerai ditepi jalan. Mereka yang saya tanya tu jual macam2. Yang paling banyak jual air kopi kocok. Yang nih memang betul2 banyak kerana sepanjang jalan tu mesti akan terjumpa yang menjual kopi kocok. Banyak feedback yang saya dapat dari mereka. Rata2 bila saya bertanyakan pasal menjana RM10K sebulan tu, mostly akan gelak balik. Menurut mereka (yang menjual minuman) kalau dapat jual 30 ke 40 gelas sehari pun dah kira ok sangat lah tu. Kadang2 sehari tu nak jual 10 gelas pun susah. Lepas tu pulak yang berniaga makanan pun bagitau ayat sama jugak. Kalau dapat jual 100 bungkus sehari tu memang mujur benarlah tapi setakat nih tak pernah lagi terjual sampai 100 bungkus tu.

Jadinya bermain difikiran saya, adakah menjana RM10K sebulan itu tak logik ? Adakah ianya mustahil berdasarkan pemerhatian saya sebelum ini keatas segelintir peniaga jalanan semuanya mendakwa mereka sukar untuk menjual sebanyak minima 100 unit untuk dapatkan RM10K sebulan ?  Saya perlu mencari jawapannya. Dan jawapannya saya jumpa dekat seorang peniaga air soya ini. Menariknya pasal brader nih, takde pun nampak dia jual benda lain kecuali air soya. Lepas tu bila saya tanya dia berapa sehari anggaran cik jual air soya nih ? Dia just jawab cukuplah untuk tampung keperluan dia seharian sambil tersenyum, bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan bagi ni. Jangan terkejut bila saya kira customer yang datang beli air soya kat gerai brader nih, sepanjang saya berada kat gerai dia, dah lebih 80 gelas/bungkusan terjual. So saya boleh katakan memang brader nih jualan dia seharian melebihi 100. Jadi, kenapa dia dapat menjual lebih 100 ? Sedangkan peniaga lain yang saya tanya kata tak dapat ? Melalui pemerhatian singkat saya keatas bisnes brader nih, salah satu sebab dia fokus. Dia tak jual itu dan ini. Dia jual 1 benda sahaja. Keduanya pendapat saya air soya tu sedap dan berlemak. So memang no wonderlah kalau beli sekali next time nak pulak. Ketiga pada pendapat saya adalah lokasi. Lokasi dia senang orang nampak.

Untuk conclusion, betul ke kalau berniaga gerai tepi jalan menjana RM10K sebulan ? Jawapannya adalah tak mustahil dengan syarat bila berniaga kena in smart way. Bukan kata orang lain jual kopi kocok, kita pun nak jual kopi kocok. Alih2 semua lingkup.

Like Facebook Maafsebut untuk info terkini dan menarik kelantan & terengganu 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan