Biarpun terletak di kawasan bergolak, sebuah pusat membeli-belah yang dilengkapi rangkaian kedai runcit antarabangsa, kedai buku dan medan selera di Genting Gaza menjadi perhatian penduduk Pa­les­tin untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian.

Mula dibuka awal bulan ini, Capital Mall setinggi tiga tingkat dengan keluasan 1,800 meter persegi itu adalah satu-satunya pusat membeli-belah yang terbesar di kawasan berkenaan.
Tetapi tarikan baharu itu ma­sih memerlukan bantuan penjana elektrik untuk beroperasi, seperti juga kebanyakan kawasan di Gaza yang berdepan masalah bekalan elektrik.

“Pusat membeli-belah ini mem­berikan sedikit gambaran indah untuk Genting Gaza. Kami juga tidak perlu lagi berjalan jauh ke­rana banyak barangan yang kami perlukan ada di sini.

“Kami amat berharap akan ada sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, sama seperti apa yang kita sering lihat di negara-negara lain,” kata seorang graduan universiti, Hedaya Iqtifan.

Pembinaan pusat membeli-be­lah itu bermula pada 2012, dua tahun sebelum peperangan dahsyat dengan Israel tercetus.

Pengarah Eksekutif Capital Mall, Mahmoud Haniya berkata, pusat beli-belah tersebut penuh sesak dengan orang ramai sejak mula dibuka tetapi pihaknya bimbang bilangan pengunjung akan berkurangan akibat faktor ekonomi.

“Ketika kami mula membina­nya empat tahun lalu, pergerakan masuk dan keluar dari Gaza masih berada dalam keadaan baik. Tetapi sayangnya keadaan itu tidak bertahan lama bahkan bertambah buruk.

“Tetapi dengan kea­daan ekonomi yang teruk kini, ramai yang datang sekadar mahu me­li­hat apa yang ada di sini sahaja,” katanya.

Hampir 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk di Gaza hidup di bawah paras kemiskinan dengan kadar pe­ngangguran mencecah 40 peratus manakala tenaga elektrik pula hanya dibekalkan selama lapan jam sehari. 

Sumber : Utusan

Like Facebook Maafsebut untuk latest jawatan kosong & info terkini kelantan & Terengganu & Pahang !!! 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu