Jangan Terkejut Amanah Tadbir Kelantan - Salahuddin Ayub

Jangan terkejut sekiranya Amanah boleh mengambil alih Kelantan  daripada Pas dan memerintah negeri itu menjelang PRU14.

Salahuddin berkata, ia boleh berlaku memandangkan Pas kini mengalami perpecahan dalam, sekali gus  boleh menyebabkan sokongan terhadap parti menyusut.

“Saya berani katakan yang Pas akan berpecah lagi untuk beberapa bulan akan datang. Sebelum ini kami (Amanah) sudah menyebabkan separuh perpecahan ke atas Pas. Akan ada yang lain yang akan menyebabkan perpecahan berlaku lagi dalam Pas.

“Kami sudah diajar (sejak dalam Pas lagi) bahawa dasar kezaliman itu tidak boleh dirundingkan. Tiba-tiba hari ini, dasar itu terjejas, kami  memang tak boleh (biarkan dasar berpecah).  Sebab itu kita berpisah dengan Pas,” katanya.

Pada masa Salahuddin berkata, pihaknya sedia menentang Pas  di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.

“Pas nak masuk (bertanding kerusi), masuklah! Kalau Pas mahu lawan, kita akan lawan.
“Amanah kini sudah siap sedia untuk  berlawan. Kita tidak boleh tunggu Pas sebab kita sudah pelawa  mereka (untuk menyertai Pakatan Harapan),” katanya.

Sumber : Sinar Harian 

Like Facebook Maafsebut untuk latest jawatan kosong & info terkini kelantan !

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu