Luahan Hati Norhafiz Zamani Misbah Yang Cukup Menyentuh Hati Penyokong Kelantan


Norhafiz Zamani Misbah menerusi halaman facebook beliau mengatakan rasa sedih dan memohon maaf kerana gagal membawa harapan penyokong kelantan apabila tewas kepada PKNP 1-1(4-3) menerusi penentuan penalti. Pemain ini juga bertekad mahu menebus kekecewaan dengan bangkit sabtu ini menentang Kedah. Tambahan lagi, Norhafiz berharap Penyokong jangan berputus asa membuat gelombang merah di stadium kota bharu nanti.


"Jam sudah pukul 1.00 pagi.. Masih terasa berat mata ini mahu tertutup kerana mengenangkan apa yang berlaku tadi..

"Ya Allah..Besar harapan rakyat Kelantan diletakkan kepada kami tapi kami gagal jadikannya sebagai sesuatu yang menggembirakan..Hendak ditangiskan,sudah terlewat..Takdir sudah tertulis..

"KELANTAN..Kalau perkataan MAAF tidak dapat melegakan kamu semua,maka kami rela dikritik selantang mahumu kerana sudah jelas sememangnya kami sudah gagal..

"Namun bukanlah niat kami mahu begitu tapi hakikatnya kami tewas kepada pasukan yang lebih baik dari kami..

"Bukan kami tidak cuba beraksi baik tetapi PKNP bukanlah calang calang pasukan..Mereka tersangat bagus walaupon beraksi diliga perdana..

"Allah..Mungkin perkataan Angah ini mengundang sinis kepada kamu tetapi percayalah..Kami tidak ada niat mahu menoreh hatimu dengan kegagalan ini..

"InsyaAllah..Kami berjanji kepada kamu semua bahawasanya kami akan bangkit pada sabtu ini..

"Tidak sanggup lagi kami mahu melukakan hatimu buat kali kedua..Cuma Angah harap kamu janganlah merajuk dan tidak mahu membuat lautan merah digelanggang keramat kita..

"Sendatkanlah stadium kita dengan baju merah..Sekali lagi,Angah mewakili rakan2 pasukan menyusun 10 jari memohon ampun kepada rakyat Kelate..

"dan kepada pasukan Pknp,kamu adalah pasukan yang bagus dan berpotensi untuk mara lebih jauh..

"Teruskan konsistensi dan selamat maju jaya..dan kepada rakyat Kelate..MAFKAN KAMI KELANTAN..

Jom Rakyat Kelantan kita penuhkan stadium keramat kita Stadium Sultan Muhammad tanya sokongan kita tak berbelah bagi kalah menang kepada The Red Warriors !!

Like Facebook Maafsebut untuk info latest dan terbaik dari Kelantan & Terengganu !!!




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu