Pasar Besar Pasir Mas di Bandar Tasek Raja kotor

Pengunjung Pasar Besar Pasir Mas di Bandar Tasek Raja menggesa pihak berkenaan membersihkan kawasan pasar itu yang kelihatan kotor dan dipenuhi sampah. Pengunjung, Muhd Fadhlan Ghazali, 33, berkata, najis, sampah dan sisa barang niaga tidak sepatutnya berada di kaki lima pasar yang baru dibuka, Ogos lalu. Menurutnya, keadaan itu tidak jauh berbeza dengan keadaan di Pasar Lama Pasir Mas, sebelum ini. “Dulu, masa pasar lama dirombak dan pindah ke pasar baharu, kami ingatkan akan ada perubahan sekurang-kurangnya lebih bersih, tapi saya lihat sekarang lebih teruk. “Macam mana nak tarik pengunjung luar negeri membeli-belah ke sini, jika kebersihan pun tidak diutamakan,” katanya. 

Sementara itu, pengunjung dari Kangkong, Pasir Mas, Nik Ramzan Nik Mustapha, 41, berkata, keadaan pasar yang kotor itu dilihat seperti tiada kerja-kerja pembersihan dijalankan. Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya memastikan pasar dijaga dengan rapi, lebih-lebih lagi ketika pembukaannya belum pun melepasi setengah tahun. “Saya dengar kadar sewa kedai di sini lebih mahal daripada pasar lama, tapi kenapa macam tak ada sebarang kemajuan. “Jika keadaan tidak berubah, saya percaya pengunjung akan berkurangan dan memilih untuk membeli belah di tempat lain,” katanya. 


Sementara itu, penduduk Kampung Gaung Kiat, Asma Muhammad, 23, berkata, pelbagai rungutan disampaikan kepada pihak berkenaan, namun tiada tindakan dilakukan. “Saya berbangga apabila satu lagi mercu tanda dibuka dekat kampung ini, malah saya turut membeli belah pada hari pertama pasar ini dibuka tahun lalu. “Namun selepas beberapa bulan, saya lihat pasar ini semakin kotor dan tidak terurus,” katanya. Asma berkata, keadaan itu tidak adil kepada peniaga yang berusaha mempromosikan kedai mereka sedangkan tahap kebersihan sangat mengecewakan.

Sumber : Sinar Harian | Like Facebook Maafsebut 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu