Budak Genius Yang Digelar Calculator Boy Menjadi Pensyarah Termuda Di UK

Dia mungkin masih seorang kanak-kanak tetapi kini diambil bekerja oleh sebuah university untuk mengajar subjek matematik.

Yasha Asley, 14 tahun, telah diambil bekerja oleh University of Leicester dimana disitu jugalah dia belajar untuk mengajar kelas tutorial.


Kalau dulu time dia mula-mula masuk belajar kat University of Leicester, dialah pelajar termuda dan kini selepas diambil bekerja oleh pihak universiti, dialah pekerja paling muda kat situ.


Yasha telah ditemuduga oleh pihak universiti dan ditawarkan bekerja hanya ketika umur beliau 13 tahun kot mengatasi candidate lain yang lebih dewasa. Memang hebat sungguh budak nih. Interview pun orang dewasa kalah dengan dia.

Disebabkan Yasha nih muda sangat, pihak universiti terpaksa memohon permit khas dari pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan dia diambil bekerja.

Yasha nih mengajar kelas tutorial untuk membantu students dalam university tu memahami subjek yang mereka ambil.

Yasha yang bangga berkata "Saya mempunyai tahun terbaik dalam hidup saya. Saya suka ke university dan saya suka kerja saya mengajar tutorial".

"Tak perlu lagi memakai uniform sekolah".

Yasha yang digelar Calculator Boy kini berada di tahun akhir pengajiaannya dan bercadang nak sambung lagi ke peringkat PhD.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu