Kelantan selesai isu banjir di Bandar Baharu Tunjong guna dana Kerajaan Persekutuan

Peruntukan RM500 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan akan digunakan bagi menyelesaikan kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong supaya tidak terdedah banjir. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 itu akan digunakan termasuk pembinaan tebatan banjir. "Kawasan sekitar terbabit perlu ditambun tanah setinggi tujuh meter bagi mengelak daripada banjir. "Kami sudah menyerahkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengkaji perkara berkenaan. Insya-Allah ia akan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran Pusat 4S HONDA Malaysia Sdn Bhd di Tunjong dekat sini, hari ini. 

Ab Fattah berkata, sebanyak 80 peratus daripada 800 hektar tanah di Bandar Baru Tunjong ketika ini dalam proses membangun dengan penyusunan pelbagai kemudahan berdasarkan pelan induk yang diluluskan kerajaan negeri. Katanya, baki 20 peratus lagi lot tanah di bandar terbabit masih belum dipenuhi dan pemaju dialu-alukan untuk melabur di lot terbabit bagi membangunkan kawasan berkenaan. 

"Mengikut pelan yang dirancang, banyak kemudahan sudah dikhususkan untuk pelbagai komponen, antaranya komersial, perumahan, akademik, ladang organik, bandar usahawan dan sebagainya. "Bagi komponen perumahan, sebanyak 1,000 unit rumah pertama di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina dalam masa terdekat. "Kita mengalu-alukan lagi anak Kelantan untuk memenuhi lot yang masih kosong untuk sama-sama membangunkan bandar baharu itu," katanya.

Sumber : Berita Harian | Like FB Maafsebut untuk latest info pantai timur & kerja kosong

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu