Kenapa Saya Gagal Dalam Berniaga

Kenapa saya gagal dalam berniaga ?

Yea, itulah 1st soalan yang bermain difikiran bilamana perniagaan yang kita jalankan tak berjalan seperti mana yang kita harapkan. Sales hari-hari tak capai apa yang kita target. Lagi teruk kalau seharian tu lansung takde jualan. Yang tak best lagi saving kita semakin hari semakin menipis kerana duit hasil jualan tak dapat menampung kos untuk berniaga seharian. 

Dalam otak kita nih ligat berfikir kenapalah jadi macam nih ? Kenapalah nak dapat customers atleast 10 orang sehari pun payah. Yang datang beli pun sorang dua. Mana cukup macam tu. Nak bayar gaji pekerja lagi. Nak bayar sewa kedai lagi. Lepas tu kos2 lain pulak macam mana ? Kalau hari2 berniaga macam nih memang boleh rugi. Semua orang cakap apa yang kita jualkan ini bagus. Kalau bagus kenapa kurang mendapat sambutan ? Nak kata tak buat marketing....hari-hari buat marketing. Tetapi kenapa jualan masih tak memberangsangkan ? 

Jom kita sama-sama selami kenapa perniagaan kita gagal. Kenapa jualan kita tak memberangsangkan.

Sebab pertama.....

Tiada business plan.
Kita dah seronok nak berniaga dan kita cukup yakin apa yang kita nak niagakan itu akan mendapat sambutan hangat. Sayangnya kita tak buat pun business plan. Penting ke business plan nih ? Memanglah penting sebab dalam business plan tu lah nanti kita boleh nampak macam mana perniagaan kita nak bergerak, siapa customer kita, berapa budget kita, apa sebenarnya fokus kita sebenarnya. 
Business plan nih tak perlu canggih sophistikated macam syarikat besar. Cukup sekadar ada untuk kita tahu apa sebenarnya kita nak buat. Supaya nanti kita takde lah melencong kearah lain. (saya dapati banyak bisness tutup kedai sebab diorang tak tahu apa sebenarnya fokus utama mereka...Sebab tu kalau anda perasan, tanda2 sesebuah bisnes itu problem bilamana let say awal2 dulu jual tudung, tetiba jual entah apa-apa....hinggakan tv pun dijualnya.....)

Bila ada business plan, jika apa yang kita buat tak berapa menjadi, kita boleh terus belek balik business plan kita dan merancang strategik baru untuk tingkatkan balik business yang kita buat. 

Kononnya sanggup ambik risiko besar untuk untung besar....
Dek kerana over konfident......kita sanggup mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk menjalankan perniagaan. Kita terlalu yakin akan untung besar...Tapi sayangnya tak sampai dua tiga bulan....bisnes kita tutup kedai....

Nasihat saya lebih elok kita start kecil-kecilan dulu, dan bila lihat business kita is growing, sedikit demi sedikit kita boleh inject modal untuk besarkan lagi perniagaan kita. 

Marketing Is Important !!!! 
Anda baru berniaga. So sudah tentu takde sape kenal anda kan. Sebab tu awal-awal berniaga kena spend sedikit duit untuk marketing. Jangan anda kedekut untuk marketing nih sebab kita nak jual barang. Nak jual barang kena ada pembeli. Kalau takde pembeli sape nak beli barang kita. 

Sayangnya ramai yang kedekut nak belanja duit untuk marketing nih. Asyik nak harapkan belas kasihan nak orang promote free takleh macam tu. Contohnya ramai yang mintak team saya untuk promotekan perniagaan mereka di FB MAAFSEBUT tapi semua nak suruh kami buat free. Mana boleh macam tu. Kami pun berniaga. Bukan anda sorang nak untung...kami pun nak untung jugak. 

Pelbagai mode marketing ada dipasaran yang boleh anda pilih. Anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan budget anda. Kalau anda ada bajet besar, boleh iklankan kat TV contohnya kat TV Al Hijrah tu. 

Simptom copy and paste !!
Yang nih memang saya tak gemar. Tengok orang lain jual nasik ayam, kita pun ligat nak jual nasik ayam, dan yang best lagi kita gi bukak sebelah owner yang kita copy paste tu. Pastu boleh pulak kita tanya kenapa nasik ayam yang kita jual tak laku. Lepas tu mulalah sakit hati. Lepas tu mulalah nak melingkupkan bisnes orang lain. 

So nasihat saya Be Original

Minat bisnes sahaja tak cukup !! 
Anda dah minat dalam berniaga....Satu lagi apa yang perlu anda lakukan anda kena minat jenis perniagaa yang anda buat tu. Kenapa saya cakap macam tu ? Sebab bisnes kan naik dan turun. Kalau time tengah naik tu ok lah, macam mana time down ? Bila tak minat, dengan mudah kita give up tapi kalau kita memang minat dengan jenis perniagaan yang kita buat tu, kita tak akan mudah give up kerana passionate kita dalam bidang tersebut mengatasi untung rugi perniagaaan. 

Saya rasa cukup banyak ini dulu yang saya kongsikan. Kan share lebih-lebih nanti takleh nak hadam pulak. Inshaallah saya akan share lagi di post akan datang. 


Pesanan Dari Penyedia Service Resume Dan Cover Letter
Bagi mereka yang resume tak lengkap, tak professional, tiada resume, cover letter takde, kami ada menyediakan perkhimatan memperbaiki resume atau membuat resume untuk anda. Yang bestnya kami turut menyediakan cover letter untuk anda memohon mana-mana kekosongan kerja. Whatspp kami sekarang 0167522320 !! Kami jugak assist anda dalam mencari dan memohon pekerjaan !! 

Like Facebook Maafsebut untuk latest jawatan kosong & info terkini Kelantan/Terengganu/Pahang !!!


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu