Jumaat, 3 Mac 2017

Viral Tali Air Dan Longkang Di Jepun Bersih Sehingga Ikan Pun Boleh Hidup

Baru-baru ini saya berkongsi akan betapa jernih dan eloknya longkang dan tali air di Jepun sehinggakan ikan koi pun boleh hidup dalam tu. Berbeza sekali dengan tempat kita sebab standardnya kalau dalam longkang dan tali air nih, biawak jea boleh hidup beserta dengan anak-anak nyamuk yang bersedia menjadi bapak dan ibu nyamuk. Kalau rare lagi boleh terjump baby dalam longkang.

Kenapa longkang/tali air kat Jepun bersih dan air pun jernih sehingga makcik jepun selamba jea basuh sayur dengan air dalam longkang kini terjawab selepas saya menemui jawapannya dari Saudara Kamarul Ilmar In Shimane. Saudara Kamarul nih adalah rakyat Malaysia yang telah lama menetap di Jepun.
Ikuti kisah beliau yang saya kira cukup panjang lebar untuk menjelaskan kenapa air longkang kat sana jernih bak mutiara berguguran dari langit.


“Kisah Geisuido”

Dua tahun sebelum berpindah balik ke Malaysia, saya diarahkan untuk mengendalikan projek pemasangan paip sisa kumbahan dari rumah penduduk awam.
Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini saya lebih difokuskan kepada kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan, Jalanraya dan kerja-kerja pembaikan tebing sungai sahaja.
.
Saya bertanya kepada Senior Engineer saya, apa tujuan pasang paip kumbahan ini. Beliau menyatakan, kalau di bandar-bandar besar Sistem ‘下水道’ (Gesuido = Paip Air Kumbahan) ini telah lama dilaksanakan. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja, baru difokuskan ke kawasan luar bandar.

“Macam mana sistem dia ni Senpai (Senior)?”….
“Dulu di kampung-kampung mereka hanya ada tangki kumbahan sahaja, tiap kali tangki penuh mereka panggil lori pam datang sedut. Ko kena paham air kumbahan ni bukan sahaja sisa manusia, tu semua air basuh baju, bilik mandi, dapur semua tu masuk tangki tu…. Sanggup ke ko nak buat kerja ni?”
“ No hal la senpai... Looo…. Ingatkan tangki tu untuk ‘sisa manusia je’..”
“Tak tak…. semua air yang telah digunakan secara domestik dengan air semulajadi yang bersih perlu diasingkan, supaya air domestik yang digunakan dapat dirawat semula dan dilepaskan secara bersih ke sungai-sungai. Air yang digunakan secara domestik tu tak boleh dilepaskan secara sewenangnya ke dalam longkang”

Follow & Like Facebook Maafsebut untuk info menarik dan best !! 

“Ooooo…patut le makcik rumah sebelah rumah saya selamber je basuh sayur dalam longkang”
.
“Memang lee…sebab air longkang tu datangnya dari sungai-sungai, dan memang bertujuan untuk mengalirkan air hujan sahaja!” “Tapi ko pergi Tokyo jangan le pulak basuh sayur kat longkang sana bro!...hahaha”
.
“Patutle ikan Koi boleh hidup dalam longkang dan saliran kat bandar Tsuwano tu ye… ropernya air tu tak bercampur dengan sisa kumbahan!..Naruhodo ne!”
“Eh Kamachan, banyak soal pulak ko pagi ni…tu pergi bersihkan dulu jamban rumah Makcik Takano san tu….nanti kita dah nak start korek pasang paip dan manhole kat situ! Ni mamam dulu manjyu (kuih) yang Makcik Takano kasi tadi”
.
“Hait! Wakarimashita senpai!” (baiklah saya yang menurut arahan). Terus rembat manjyu dan makan bersama Coffee panas dalam tin UCC 70% kurang gula sebelum memulakan kerja. Terrbaikkk!! Bismillah...
.
Tiada kompromi bila tanggungjawab telah diamanahkan. Suka tak suka, perlu berhadapan! Jangan lari, dan lakukannya secara jujur dan jangan banyak merungut, sekali kamu lari, kamu akan lari selama-lamanya…InsyaAllah… ada banyak hikmah di sebaliknya. Bertabahlah Kamachan !…sob sob…..
.
Yang suka berselfie kaki kat Manhole-manhole di kota-kota Jepun tu, geng-geng macam kami ni le yang pasang dulu…. Bila lihat ramai suka berslfie kat manhole…rasa kembang kempis je dinding kulit hidung ni…hehehe…

So no wonder lah ikan koi pun boleh hidup !!

(Owh lupa..nota kaki... penggunaan paip sistem kumbahan ni kena bayar ye... banyak mana kita guna air paip, banyak tu yang akan di charge untuk kumbahan..tak silap separuh harga air paip biasa kot..lupo den)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...