Rabu, 12 April 2017

Train DMU Baru Menggantikan Train KTMB Lama Untuk Laluan Pantai Timur Single Rail 2018

Maaf sebab semalam ambo tersilap post yang dikatakan DMU. Actually semalam tu EMU...hehehe..Sorry sebab ambo tersilap.

Yang ini baru betul DMU yang akan digunakan nanti untuk laluan pantai timur sedia ada ( bukan ECRL ) yang diuruskan oleh KTMB.

Kerajaan Malaysia telah menempah 13 unit hybrid diesel-electric train dimana setiap satu mengandungi 4 gerabak yang mampu membawa max seramai 500 penumpang.

Yang uniknya pasal train DMU yang ditempah ini, ianya equipped with supercapacitor that packs high current—high power to allow the fast acceleration of the train. The super-capacitor allows the storage of 85% of braking power to the battery to be used for train acceleration, running.....reducing fuel consumption.

Menurut KTMB, speed train nanti ditetapkan bergerak pada kelajuan 120KMH dan meluncur laju diatas landasan yang dinaiktaraf sepanjang 526KM dari KL ke Tumpat.

DMU baru ini dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan 2018...tak lama dah tu...

Ini nanti akan memberi service yang lebih selesa dan pantas kepada penduduk pedalaman Kelantan dan Pahang yang bergantung kepada KTMB untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin ramai yang tak tahu keretapi nih adalah pengangkutan utama kat pedalaman kelantan. Kalau takde train memang agak sukar demo nih nak bergerak.

(gambar adalah DMU yang akan digunakan nanti)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...