BELLA ROSS Kisah Usahawan Wanita Berjaya Dari Kelantan

Coffee sejuk saya hirup...Hmmm rasa sedap sangat. Saya menjeling jam Tissot ditangan, nampaknya dah 5.30 petang. Hujan diluar pulak nampaknya yang tadi renyai-renyai dah makin lebat. Tiada tanda-tanda mahu berhenti.

Actully saya sebenarnya ada appointment dengan seorang usahawan wanita kelantan. Tempat pertemuan adalah di sebuah cafe hipster yang famous di Kota Bharu & kalau mengikut plan asal, kami akan bertemu pada pukul 5 petang. Walaubagaimana pun, kerana beliau ada urusan lain, dia memaklumkan akan datang lewat sikit. Bagi saya itu tak apa kerana saya berasa cukup excited untuk bertemu dengan usahawan wanita kelantan ini.

Tengah saya syiok menghirup coffee...coffee memang favourite saya...usahawan wanita yang saya berjanji untuk bertemu akhirnya muncul. Dengan memakai baju kurung berwarna pink dan tudung hijau, beliau nampak cukup elegant dan menampilkan watak seorang yang berjaya. Dia tak datang seorang tapi dengan seorang lelaki yang kemudiannya diperkenalkan kepada saya sebagai suami beliau.


Saya mempersilakan beliau dan husband untuk duduk dan meminta mereka berdua jika mahu order apa-apa minuman. Mereka berdua menolak dengan baik pelawaan saya kerana mereka baru saja selesai menghadiri majlis hari raya tadi. So perut masih full lagi menurut mereka.

Saya memulakan perbualan dengan ingin tahu bagaimana usahawan wanita kelantan ini memulakan perniagaannya. Oh yaa !! Maafkan saya. Lupa pula untuk saya perkenalkan siapakah wanita ini. Beliau adalah pengasas Bella Ross, produk kecantikan yang tengah meningkat naik sekarang, Pn Bella yang berusia 30 tahun.

Menurut Pn Bella, beliau seorang yang tidak suka bekerja dengan orang lain. Beliau lagi suka berniaga. Tak kesahlah berniaga apa janji halal. Bilakah agaknya Pn Bella ini start berniaga ? Beliau sudah menceburi bidang perniagaan seawal belasan tahun lagi. 1st perniagaan beliau adalah memulakan perniagaan perhotelan. Anda semua kenal tak dengan Hotel Menara One ? Kalau anda semua nak tahu, itulah hotel milik Pn Bella. Beliau menghabiskan lebih dari sejuta untuk memulakan bisnes perhotelan ini.

Hotel Menara One kebanggaan Pn Bella

Ketika awal perniagaannya itu, Pn Bella admit 100 percents dirinya untuk menaikkan hotel dan memastikan hotel beliau menjadi pilihan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kota Bharu. Kalau anda masih ingat, Hotel Menara One milik Pn Bella ini pernah masuk dalam suratkhabar Sinar Harian. Usaha tidak mengenal erti penat lelah hanya pay off bila perniagaan hotel Pn Bella akhirnya menjana keuntungan.

Selepas perniagaan hotel beliau mula memberi keuntungan, sebagai seorang yang sukakan cabaran, Pn Bella menceburi pulak bidang kecantikan. Kerana Pn Bella kurang arif pasal selok belok bisnes kosmetik dan penjagaan kecantikan, Pn Bella banyak refer kepada kenalan beliau yang lebih tahu. Malang bagi Pn Bella, kerana percaya kepada kenalan beliau yang disangka boleh dipercayai, beliau ditipu sehingga ratusan ribu ringgit. Pn Bella bagitau saya awal-awal tu memang rasa down, sedih dan marah kerana duit yang dikumpulkan hasil perniagaan sebelum ini hangus macam tu sahaja.


Sebagai seorang usahawan, Pn Bella tak mudah putus asa. Bagi beliau itu adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Mungkin itu bukan rezeki beliau. Mungkin rezeki beliau ditempat lain. So, Pn Bella bangkit dan nekad untuk tidak give up dalam menceburi bidang kecantikan ini. Hasilnya October 2016, maka terlahirlah Bella Ross. Diawal lahirnya Bella Ross ini, Pn Bella telah memperkenalkan pelbagai produk untuk penjagaan wajah & yang paling laris menurut beliau adalah Ibu Putih (dalam gambar). Menurut Pn Bella, sekarang ini setiap bulan hasil jualan produk Bella Ross especially Ibu Putih mencecah ratusan ribu ringgit !! Menarik tu kan. Baru sahaja tertubuh bulan october tahun lepas, produk Bella Ross sudah cukup popular. Bagaimana Pn Bella buat sehingga Produk Bella Ross cukup laris ?? Menurut Pn Bella, diawal penubuhannya, dia memperkenalkan dahulu kepada kenalan rapat dan kepada wanita-wanita yang cuba untuk mengubah nasib diri. Dan hasilnya cukup memberangsangkan. Dari situlah stokis dan agent Bella Ross terus bertambah. Kini, agent dan stokis Bella Ross ada dimerata tempat di Malaysia hinggalah ke Sabah dan Sarawak.

Produk terlaris Bella Ross
Kisah Bella Ross juga pernah keluar dalam surat khabar 

Pn Bella juga turut menjemput kepada wanita atau lelaki yang berminat untuk menjadi agent dan stokis Bella Ross ini. Yang bestnya Pn Bella jugak akan membimbing agent dan stokis ini untuk bersama maju dengan beliau. Beliau boleh dihubungi di number 013-3574123 !! https://www.facebook.com/BellarossHQ

Ralik betul mendengar cerita dan pengalaman Pn Bella ini hingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 7.30 petang. Perbualan kami terhenti dulu disini kerana Pn Bella ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

 
Pn Bella sentiasa disokong oleh husband tercinta senang atau susah 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu