Kenapakah Airport Kat Sri Lanka Nih Kosong

Airport ini mempunyai segalanya untuk digelar sebagai international airport. Kedai, check in counters, kastam, business lounge & juga runway yang mampu menerima pesawat bersaiz sebesar A380.
Ianya mempunyai segalanya cuma penumpang jea takde kat airport ini.


Selamat datang ke lapangan terbang kedua terbesar di Sri Lanka - Mattala Rajapaksa International Airport.
Dibina oleh president sri lanka pada ketika itu, Mahinda Rajapaksa, airport yang menelan belanja USD286 juta ini bertujuan untuk menarik ramai orang ke Hambantota.

Malangnya tak ramai org menggunakan airport ini. Currently, airport ini menerima sekitar 50 hingga 75 penumpang sehari atau sekitar 4700 penumpang setahun. In contrast, Auckland Airport menerima 18 juta penumpang pada tahun 2016.

Jadinya kenapa airport ini menjadi projek gajah putih ?

Puncanya kerana ianya terletak terlalu jauh dari bandar utama, even jarak Colombo ke sini adalah sejauh 250KM. Kawasan terletaknya airport ini jugak adalah kawasan pedalaman yang miskin tak tidak ada apa nak tarik orang untuk datang kesini.

Terkini khabarnya India ingin membeli airport ini untuk mengekang pengaruh China di negara tersebut.

Lupa nak bagitau, selain airport, president mahindra rajapaksa turut membina pelabuhan yang besar, stadium, kawasan perindustrian yang luas, pusat konvensyen, hotel serta lebuhraya terbaik kat negara tersebut. Malangnya kawasan tak membangun seperti yang dijangkakan.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu