Kalau Kat Malaysia Harga Rumah Berjuta Tapi Kat Itali Nih Harga Rumah Serendah RM5

Kalau di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri memerlukan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit. Di Itali anda hanya memerlukan RM5 sahaja untuk membeli rumah. Biar betul ??

Memang betuI !! Bandar Ollolai di Sardinia yang terletak di Kepulauan Itali menawarkan 200 buah rumah untuk dijual dengan harga 90 pence (RM5) setiap satu.
Bandar tersebut sememangnya terkenal tiga dekad lalu dengan populasi seramai 1,300 orang tinggal di situ. Memang tenang kalau tinggal di pulau tersebut kerana dengan padang yang menhijau serta bebas dari hiruk pikut kota.

Walaubagaimanapun jumlah penduduk Bandar Ollolai semakin berkurangan ditambah dengan populasi rendah kelahiran bayi setiap tahun. Untuk memastikan bandar itu terus hidup, kerajaan tempatan cuba menarik orang luar berpindah kesitu dengan menawarkan harga rumah yang tak masuk akal murah.
Walaupun harga yang ditawarkan murah, pembeli mungkin terpaksa melakukan pengubahsuaian kerana keadaan rumah yang teruk, malah ia boleh mencapai tempoh tiga tahun untuk siap dengan kos 26 ribu pound (RM126,443). 26K pound tu bagi diorang cukup murah. Kita jea rasa mahal sebab nilai duit ringgit kita murah nak dibandingkan dengan nilai matawang kat sana.

Dengan harga rumah yang murah, sehingga kini pihak bandar telah menerima 120 permohonan dari Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli rumah di situ.
Mungkin anda salah seorang yang berminat untuk berpindah kesana ?

Follow Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan Terengganu Pahang

Sumber :

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu