Kelantan Pilih Siapa Umno Atau Pas

Setiap 5 tahun sekali, negara Malaysia mengamalkan demokrasi akan mengadakan pilihanraya umum untuk memilih wakil rakyat yang baru untuk menjadi suara rakyat samada di Parlimen ataupun di Dewan Undangan Negeri. Tak berkecuali juga Kelantan sebagai sebahagian dari persekutuan Malaysia turut sama akan mengadakan pilihanraya.

Ramai pihak meramalkan PRU akan diadakan pada bulan April tahun ini. Ramalan April tu boleh diterima kerana February mustahil kerana tahun baru china manakala March akan diadakan sidang parlimen.

Jadinya sekarang, jika parlimen dan dun dibubarkan, kalau kat Kelantan, siapakah Kelantan akan pilih ? Pas atau Umno ?

Honestly di Kelantan ini Pas & Umno sama-sama kuat. Kedua-duanya mempunyai peluang cerah untuk memenangi majoriti kerusi di Kelantan. Cumanya terdapat faktor-faktor lain yang akan menentukan siapakah yang akan menang.

First kita tengok dulu Pas. Pada pandangan saya Pas mempunyai kelebihan dari segi ianya dah lama bertapak sebagai kerajaan di Kelantan. Tempoh 27 tahun tu bukan sebentar. Kalau sebagai manusia dah pun mencapai peringkat dewasa, dah ada anak bini pun. Senang cite dah matang. Yang melemahkan Pas adalah kalau dulu aura arwah Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz banyak membantu dalam memastikan Pas memenangi pilihanraya di Kelantan. Kini aura itu dah tiada. Tiada siapa lagi yang ada aura seperti arwah pada pendapat saya buat masa sekarang. Kalau dulu kalau bertanding 1 lawan 1. Kini tidak lagi. Pertandingan 3 hingga 4 atau lebih penjuru boleh memecahkan undi dan ini memberi disadvantage kepada Pas. Ditambah pulak sekarang Pas bergerak sendirian bukan lagi dalam Pakatan serta wujudnya Parti serpihan Pas.
Umno pulak macam mana ? Kelemahan Pas diatas menjadi kelebihan pula kepada Umno dalam pilihanraya nanti. Sehinggakan Umno amat yakin mereka mampu merampas Kelantan dari Pas pada PRU14 nanti. Ditambah pulak dengan personaliti Tok Pa yang dilihat sebagai bakal Menteri Besar Kelantan nanti, ini menguatkan lagi kemungkinan untuk Umno menang di Kelantan.

Siapa menang siapa kalah di Kelantan kita tidak tahu lagi. Nanti PRU14 barulah kita dapat tahu siapakah yang akan menang di Kelantan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu