Rosmah Akui Hidup Lebih Tenang

Dalam serbuan baru-baru ini, rata-rata netizen mengecam isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang dikatakan pemilik 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah.

Namun begitu, dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui hidupnya kini lebih tenang walaupun berdepan dengan ujian dan dugaan.

“Ia kehidupan yang berbeza tetapi saya tidak mengeluh. Saya tidak minta jadi begini tetapi saya dapat menjalani hidup lebih tenang.

“Bila saya rasa mahu tidur, saya boleh tidur dan bila saya rasa hendak bangun, saya boleh buat,” katanya.

Ditanya mengenai kediamannya dan keluarga di serbu polis ekoran siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Rosmah mahu perkara itu diselesaikan segera supaya dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Dalam pada itu, Rosmah juga tidak berkecil hati dengan rakan-rakan yang berpaling selepas Barisan Nasional tumbang pada PRU14 yang lalu.

“Perkara normal dalam poltiik. Bila anda berada diatas semua orang puji tetapi bila ada masalah, ia dapat dijangka. Biasalah asam garam hidup,” katanya.

Sumber vitdaily 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan