Sambil Dengar Muzik Sambil Bersihkan Tahi Telinga - Safkan OtoSet

Kadang-kadang bila pakai fon kepala, telinga pasti akan rasa gatal disebabkan oleh rasa tidak selesa apabila sesuatu objek memasuki telinga.


Lepas ni, masalah gatal dalam telinga boleh diselesaikan apabila sebuah syarikat berpangkalan di Seattle telah mencipta headphone istimewa yang boleh membersihkan tahi telinga dalam tempoh 35 saat.

Fon kepala canggih yang dihasilkan oleh syarikat SafKan dengan kerjasama beberapa doktor itu dapat menggantikan putik kapas berbahaya dan lawatan mahal jika ke klinik pakar.


Peranti berkenaan boleh membersihkan kedua belah telinga dalam satu masa dengan menyuntik campuran hidrogen peroksida ke dalam telinga untuk melonggarkan tahi yang tersumbat sebelum menyedutnya.

Baca Konspirasi Jatuhkan Syafik Kyle

Ketua Pegawai Eksekutif Saf­Kan, Sihal Diwan berkata, teknologi baharu itu menjadikan pembersihan telinga lebih mudah dan selamat selain menjimatkan masa.


Harga alat berkenaan masih belum ditentukan dan versi yang akan dijual terus kepada pengguna juga sedang dibangunkan. Namun fon kepala tersebut dianggarkan berharga $75 (RM298).

Bagus juga produk ini. Boleh kurangkan penggunaan putik kapas yang boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada gegendang telinga.

Sumber vitdaily

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan