Tunjuk bukti jika rugi batal HSR - Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak yang mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.


Beliau berkata tindakan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa bukti tidak membawa apa-apa makna.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan semalam yang mendakwa negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM209 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain 70,000 peluang pekerjaan jika projek HSR dibatalkan.

Pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek HSR dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada Singapura.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat kerana projek itu dilihat tidak memberi manfaat kepada Malaysia berikutan membabitkan kos yang amat besar selain kerajaan tidak meraih keuntungan daripadanya disebabkan landasan yang pendek.

Sumber Astro Awani

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan