5 Khasiat Budu Yang Ramai Tak Tahu

Budu memang terkenal di pantai timur especially Kelantan & Terengganu sebagai bahan wajib time makan nasik. Kalau takde budu seolah-olah hidangan tidak lengkap. Berbeza dengan tanggapan umum budu ini adalah pes ikan yang diperam, sebenarnya budu adalah pes ikan yang dimasak. Sebab itulah rasa budu ini berlainan bagi pengeluar yang berbeza. Setiap pengeluar ada resepinya yang tersendiri.
Selain enak dimakan sebagai pencicah bersama-sama ulam-ulaman, sebenarnya budu nih banyak khasiatnya.
  • Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh dengan menggalakkan pertumbuhan berat badan
  • Budu juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
  • Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
  • Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal beban dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan menambah kolegen.
  • Budu juga mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi antibakteria penyebab cirit (diarrhea), penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Jadi, kepada yang merasakan makan budu tu out to date sebenarnya anda silap besar !! Budu nih banyak khasiatnya. Kerana itulah mereka yang makan budu nih pandai dan sihat semuanya. 

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu