Duit Royalti Minyak Dibayar Terus Kepada Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri bakal mempunyai kawalan lebih baik terhadap royalti minyak yang dibayar kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ini ekoran komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membayar royalti minyak terus kepada kerajaan negeri.

"Sebelum ini (bayaran royalti) diberi kepada agensi pusat di negeri, sebagai contoh menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan dan sebagainya.

"Tetapi kini, ia akan terus diberi kepada Kerajaan Negeri, tidak kira oleh parti mana negeri itu ditadbir," kata beliau.

Ahmad Samsuri bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah royalti yang akan dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan royalti lima peratus yang dibayar kini akan ditingkatkan.

"Sekurang-kurangnya lima peratus," katanya, sambil enggan mendedahkan jumlah royalti yang diminta Kerajaan Negeri Terengganu dari Kerajaan Persekutuan.

"Yang mustahaknya kita minta keutamaan diberi kepada Kerajaan Negeri. Kuantumnya boleh dibincang, boleh dirunding," tambahnya.

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini menyaksikan kehadiran menteri-menteri besar Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan serta ketua-ketua menteri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka.

Sumber Astro Awani

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu