Hanya Kerana Tertinggal Barang Di Pasar, Pasangan Dari Terengganu Bercerai

Setiap tahun kes perceraian di laporkan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Kadang-kadang, punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin.


Salah satu punca perceraian yang dilaporkan di Terengganu adalah disebabkan tertinggal barang di pasar.

Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, kebanyakan kes yang terjadi adalah kerana hal yang tidak wajar dan munasabah.

“Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal, namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini.”

Tambahnya lagi, antara kes terbaru adalah melibatkan perceraian suami isteri di atas motosikal.

“Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar, berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

Menurut Wan Mohd Zakri, jika diikutkan hak demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang. Namu perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga dan anak-anak.


Sumber vitdaily

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu