Instagram Bakal Membenarkan Pengguna Instgram Upload Video Sehingga 1 Jam

Ini berita baik kepada mereka yang suka memuat naik video di Instagram !! Instagram tengah mempertimbangkan supaya pengguna boleh memuat naik video lebih dari 1 minit seperti sekarang sehinggalah maximum 1 jam menurut apa yang dilaporkan didalam The Wall Street Journal. 


Selepas ciri ini diperkenalkan nanti anda boleh tonton perkongsian video selebriti kesayangan anda sampai lebam. Pengguna Instagram pastinya akan meluangkan masa lebih lama di Instagram nanti. Mengikut perancangan awal, Instagram akan menyokong perkongsian video durasi lebih lama ini dengan saiz potrait seperti video di Insta Stories.

Ciri ini pastinya akan memudahkan pengguna Instagram yang gemar memuat naik video masakan, menari, menyanyi atau apa sahaja konten tanpa perlu membahagikan video tersebut kepada beberapa bahagian. Mungkin feed kita akan dipenuhi dengan lebih banyak video selepas ini.

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan