Macam Mana Nak Belanjakan Duit Royalti Minyak Kelantan




Macam Mana Nak Belanjakan Duit Royalti Minyak Kelantan


Alhamdulillah !! Akhirnya Kelantan dapat jugak duit royalti minyak setelah sekian lama diperjuangkan. Nilaian berapa jumlah royalti itu pada pendapat saya kalau tidak mencecah angka billion mesti bernilai ratusan juta ringgit. Itu adalah satu jumlah yang amat banyak & melebihi pendapatan kerajaan kelantan tahun sebelumnya. 

Kini kita semua tidak pasti lagi macammanakah duit royalti itu akan digunakan oleh pihak Kelantan nanti. Namun, saya sebagai rakyat kelantan yang menetap di Kelantan ada beberapa cadangan bagaimana duit royalti itu boleh digunakan. Tak salahkan kalau saya bagi cadangan ?

1. Siapkan Lebuhraya Rakyat


Salah satu yang perlu disegerakan adalah menyiapkan Lebuhraya Rakyat. Asalnya Lebuhraya Rakyat ini dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Namun disebabkan kerajaan kelantan pada waktu itu kekurangan dana, maka sebahagian besar diserahkan kepada kerajaan pusat untuk disiapkan. Manakala kerajaan negeri hanya perlukan menyiapkan jajaran sejauh 10KM di Machang. Kini dengan adanya duit royalti, adalah tidak mustahil kalau kerajaan Kelantan menyiapkan terus jajaran LR dari KB ke Kuala Krai. LR ini amat penting disebabkan laluan sediada sempit dan sesak dengan kenderaan yang makin meningkat setiap tahun. Kalau musim perayaan atau cuti besar, kesesakan laluan asal KB ke KK lagilah teruk. 

2. Menyelesaikan masalah air


Masalah air kelantan ini saya dengar dulu lagi. Tak pernah sepi dari keluhan warga kelantan pasal isu air ini. Kalau musim perayaan lagilah teruk. Apatah lagi kalau hari-hari biasa. Itu kalau rakyat biasa. Jadinya saya berpendapat eloklah dengan duit royalti yang kita dapat ini digunakan untuk menyelesaikan masalah air. Lagi pun sumber air yang berterusan amat penting untuk menarik pelabur ke Kelantan. Contohnya pengusaha atau kilang yang memerlukan air yang banyak dalam aktiviti seharian mereka. 

3. Memajukan aktiviti pelancongan di Kelantan


Kat Kelantan nih kalau kita perhatikan betul-betul cukup banyak dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Malangnya tempat-tempat menarik ini kurang dari segi kemudahan untuk pelancong & kurang mendapat publisiti yang serius. Pada pandangan saya, duit royalti yang dibayar nanti boleh digunakan untuk memperelokkan lagi tempat-tempat menarik ini supaya lebih mesra & menarik kepada pelancong. Selain itu, duit royalti ini jugak nanti boleh digunakan untuk publisiti yang lebih meluas & serius untuk menarik pelancong domestik dan luar negara.

Sebenarnya banyak lagi idea yang saya boleh ajukan tapi saya mention dulu 3 perkara diatas kerana saya merasakan itu yang lebih penting untuk menjana pendapatan kepada negeri & juga untuk mewujudkan tindak balas berantai ekonomi kepada keseluruhan negeri kelantan.  

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan