Malaysia minta pinjaman dari Jepun

Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatannya dari negeri itu, Shinzo Abe.
Menurut Dr Mahathir, jika diluluskan, pinjaman itu akan dibuat dalam mata wang yen.
Katanya, kerajaan Jepun akan mempertimbangkan permintaan ini.

Dalam satu sidang media bersama, kedua-dua Perdana Menteri turut mengulas mengenai cadangan membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia.

Sidang media berkenaan dibuat selepas pertemuan empat mata dua pemimpin berkenaan di Tokyo, sempena lawatan luar negara pertama Dr Mahathir sejak memegang jawatan Perdana Menteri 10 Mei lalu.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hal mengenai perjanjian pertahanan Malaysia-Jepun.

Sumber Astro Awani

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu