Orang Pasir Puteh Dihukum Penjara Kerana Ada 2 Bahan Letupan

Seorang bekas pelajar tingkatan enam dihukum penjara tujuh tahun dan enam sebatan kerana memiliki dua bahan letupan dipertingkat (IED) tahun lalu.

Tertuduh di mahkamah tahun lalu bersama 2 yang lain
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa memiliki dua senjata api berupa dua butir IED di sebuah rumah di No. 1919, Kampung Merkang, Pasir Puteh kira-kira pukul 6.05 petang pada 10 Oktober 2017.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 (Akta 37) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan minimum enam sebatan.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula tarikh tangkapan iaitu pada 10 Oktober 2017.

Sumber Astro Awani

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu