Projek Keretapi HSR Hanya Tangguh Bukan Batal : Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) hanya ditangguhkan kerana melibatkan kos yang tinggi.


Memetik wawancara beliau dengan Nikkei Asian Review Jepun, Mahathir berkata, wujud keperluan bagi kereta api laju di negara ini pada masa hadapan.


“Akan ada keperluan kereta api laju di masa hadapan, mungkin merentasi Semenanjung. Tetapi kita tidak mampu melakukannya pada ketika ini. Jadi kita menangguhkan implementasi projek tersebut.

“Kereta api laju adalah paling efektif jika jaraknya adalah panjang. Tetapi jika jaraknya pendek, ia tidak akan memberikan sumbangan yang banyak. Jadi kita harus memikirkan kembali kereta api laju,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada wartawan adakah Mahathir akan mempertimbangkan semual keputusannya sebelum dalam soal pembatalan projek tersebut bagi tujuan memotong perbelanjaan dan dalam masa sama Singapura mahu berunding untuk skala yang dikecilkan.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kerajaan tidak boleh mengatakan pihaknya tidak memerlukan kereta api laju di Malaysia.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah menangguhkan projek tersebut kerana kosnya terlalu tinggi buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir dalam satu sidang media memutuskan projek HSR dibatalkan dan perkara tersebut mendapat persetujuan Kabinet, namun keputusan akhir tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura.

Sumber Sinar Harian

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu