Rakyat Kelantan Mahu Kerajaan Pakatan Harapan Teruskan Naiktaraf Jalan Kuala Krai Ke Gua Musang


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta supaya meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk menaik taraf Jalan Gua Musang - Kuala Krai bagi mengatasi masalah kesesakan setiap kali musim perayaan.

Saban tahun, ratusan ribu perantau yang berada di luar Kelantan akan pulang melalui jalan itu untuk menyambut perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Seorang perantau tinggal di Kuala Lumpur, Mohd. Adam Abdullah, 32, berkata, jalan sedia ada tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiap tahun.

Katanya, setiap kali perayaan akan berlaku kesesakan sehingga mengambil masa lebih 12 jam untuk sampai ke kampung berbanding hari biasa yang hanya enam jam.

Nur Aini Ghazali, 40, pula berkata, laluan Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu merupakan perhubungan penting pengguna bukan sahaja pada musim perayaan tetapi juga hari-hari biasa.

Katanya, kerajaan PH perlu menaikan taraf jalan itu kepada empat lorong seperti yang dicadangkan kerajaan dahulu untuk keselesaan pengguna.

“Kita berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat mempertimbangkan perkara itu demi keselesaan dan keselamatan pengguna," katanya.

Sumber Kosmo Online

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu