Restoran Di China Lingkup Sebab Pelanggan Makan Banyak Sangat


Sebuah restoran yang baru saja dua minggu dibuka dan menawarkan promosi ‘makan sampai puas’ terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian besar.

Restoran yang terletak di Chengdum, Wilayah Sichaun, China itu ditutup selepas pelanggan tidak berhenti datang untuk menikmati makanan yang dihidangkan.


Promosi gila-gila itu mendapat sambutan luar biasa dan restoran itu menerima lebih 500 pelanggan setiap hari. Ada yang sanggup datang untuk beratur ketika kedai belum dibuka lagi.

Promosi buffet ‘makan sampai puas’ itu dikatakan sangat murah dengan yuran bulanan berharga $19 (RM76) dan pelanggan boleh makan apa saja makanan yang dihidangkan tanpa had.


Menurut pimilik restoran tersebut, tujuan asalnya adalah untuk menarik perhatian pelanggan dan pastikan lebih ramai pelanggan setia melalui strategi pemasaran seperti ini. Mereka juga sudah menjangkakan bahawa mereka akan mengalami kerugian besar.

Kata mereka lagi, punca utama restoran itu ditutup adalah kerana kegagalan menggunakan sistem pengecaman wajah. Tanpa sistem tersebut, ada pelanggan yang memberikan kad keahlian mereka kepada rakan-rakan supaya boleh menikmati makanan tanpa dikenakan bayaran.

Sumber Vitdaily

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu