Tun Mahathir Bercadang Untuk Melancarkan Sebuah Lagi Projek Kereta Nasional

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.
Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

"Kami berharap untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan bantuan rakan-rakan dari negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan China memandangkan wujud kemampuan untuk mengeluarkan kereta yang berkualiti yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Kami mahu memasuki pasaran dunia," katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Proton yang diilhamkannya pada 1983 bukan lagi sebuah pengeluar kereta nasional memandangkan ia sudah dijual kepada Geely, sebuah syarikat automotif dari China.

Melihatkan kepada polisi Dr Mahathir yang cenderung melihat ke Timur, saya berpendapat ada kemungkinan pengeluar kereta dari Jepun ataupun Korea Selatan akan menjadi rakan strategik jika projek kereta nasional dilancarkan nanti. Dengan cara membawa masuk rakan strategik sahaja projek kereta nasional dapat dilancarkan dengan cepat.

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu