Indonesia Dakwa Cendol Berasal Dari Sana


Cendol adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Malaysia sejak dahulu lagi. Ais kisar bersama kuah santan di maniskan dengan cairan pekat gula merah merupakan kombinasi pemanis mulut yang sangat sempurna bersama lemak santan kelapa.

Cendol dikatakan sudah bertapak di Malaysia sejak 1930-an lagi dan sesetengah penjual cendol telah mengusahakan perniagaan cendol sejak tiga generasi hingga sekarang.

Cendol sangat terkenal di negara-negara Asia Tenggara, dari Filipina, Vietnam yang digelar chè ba màu, Thailand lot chong hingga ke kepulauan Jawa yang di gelar Jendol dan Cendol.

Adalah tidak dapat dipastikan siapa pencipta cendol sebenar dan dari mana asal-usul cendol namun setiap negara di Asia Tenggara mempunyai identiti cendol yang tersendiri.

Benarkah cendol berasal dari Indonesia?
CNN Travel dalam satu laporan yang dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah menyenaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari CNN.

Sebuah portal berita antarabangsa CNN dalam satu slot CNN Travel yang telah dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah menyenaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Namun apa yang menarik pada asalnya penyenaraian itu turut dibuat pada tahun 2017 dan CNN travel telah meletakkan Cendol Malaysia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Dan untuk kemaskini terbaru dari CNN Travel (seperti gambar di atas) telah menukar dan meletakkan Cendol Indonesia sebagai antara 50 minuman terlazat di dunia.

Perkara ini telah didedahkan oleh sebuah portal berita dari Malaysia iaitu Malaysia Kini bertarikh 4 Oktober 2017
MalaysiaKini menyebut CNN Internasional bertarikh Oktober 2017 telah menyenaraikan Cendol Malaysia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari Malaysiakini

Sejak artikal dari CNN itu didedahkan perkara itu telah menjadi tular dan telah mendapat kecaman netizen dari Indonesia. Dalam laporan Malaysiakini memetik dari portal Indonesia Kompas Travel seorang pensyarah dari fakulti sastera Yogyajarta, Heri Priyatmoko berkata, beliau percaya minuman itu berasal dari Indonesia.

Perkara itu juga mendapat perhatian dari portal-portal Indonesia yang lain dan hangat dibincangkan ketika itu.
Sebuah portal bertia Indonesia Kompas.com membangkitkan isu cendol. Imej dari Kompas.com

Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dari netizen di kedua-dua negara. Namun apa yang menariknya sebuah Akhbar antarabangsa The Guardian bertarikh 28 May 2017 telah memuat naik satu artikal berkenaan Cendol Tradisional Malaysia sebagai hidangan pencucui mulut dari tradisi Baba dan Nyonya dari Melaka.
The Guardian telah memuatnaik satu artikal bertarikh 28 May 2017 mengenai Cendol Tradisional Malaysia. Imej dari The Guardian.

Dalam artikal itu The Guardian menyifatkan ‘Cendol Nyonya Melaka’ sebagai hidangan tradisi kegemaran Malaysia dan telah bertapak sejak 80 tahun yang lalu.

Ini bukan kali pertama Indonesia berbuat demikian
Popia pernah dikatakan milik Indonesia.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Indonesia berbuat demikian. Mereka juga mendakwa banyak perkara dari Malaysia adalah milik Indonesia seperti Batik, Tarian Kuda Kepang, Rendang dan juga lagu Rasa Sayang.

Popia juga pernah dikatakan milik Indonesia satu ketika dahulu apabila sekumpulan aktivis dari Indonesia telah mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan Malaysia supaya tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan negara kita.

Tuntutan itu dibuat oleh aktivis yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) selepas mendakwa popia atau dikenali sebagai lunpia merupakan makanan khusus dari Semarang, Jawa Tengah. Penyelarasnya, Rahmulyo Adiwibowo berkata, Formasbudi mengambil langkah tersebut supaya popia Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia.

Sumber dari Vitdaily.com

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu