Kenapa Pilih Kelantan


Kenapa pilih Kelantan ??

Soalan itu selalu ditanya kepada non kelantanese kenapa mereka prefer untuk menetap terus di Kelantan. Dengan pelbagai persepsi negative yang dilemparkan kepada Kelantan, ianya membuatkan orang luar seperti alergik sedikit dengan negeri Kelantan negeri serambi mekah. 

Sebut sahaja pengotor, jahat, terlalu tebal sikap kenegerian, gengstar & macam-macam lagi dilemparkan tanpa sangsi kepada kelantan kita yang tercinta ini. 


Tapi persepsi itu berubah 360 darjah bila sesiapa sahaja yang tidak pernah hadir ke bumi kelantan ini menetap di Kelantan. Perasaan yang awalnya rasa terseksa dan stress kerana terpaksa menetap di Kelantan akhirnya beransur-ansur berubah kepada perasan bersyukur dan cinta kerana dapat berada di negeri che siti wan kembang ini. 

Rupa-rupanya segala persepsi buruk yang mereka dengar selama ini hanyalah mitos semata-mata. Kelantan sama sahaja seperti negeri-negeri lain. Pengotor ? Tempat lain jugak pengotor. Gangster ? Ada pernah dengar tempat lain takde gangsterism ? Tebal sikap kenegerian ? Bukan ke anak-anak negeri lain pun sama ? Lebihnya kelantan ini kerana suasana kekampungannya yang tak ade di tempat lain. Suasana kekampungan ini berbeza dengan keadaan kota metropolis yang sentiasa rushing dan sibuk 24 jam mengejar kekayaaan duniawi. Sebab tu kenapa orang luar suka bila menetap di Kelantan. Tambahan pula dengan sikap orang kelantan ini yang mudah mesra, makanan murah, aktiviti keagamaan disana sini membuatkan kenapa orang luar suka sangat menetap di kelantan. 


Sudah menjadi perkara biasa sesiapa yang awalnya rasa tak best menetap di Kelantan, akhirnya terus menerus bertahun-tahun masih di Kelantan. Taknak tinggalkan kelantan. Bagi mereka Kelantan adalah tanah air baru mereka. 

Konklusi, kelantan ini seperti permata, hanya yang kenal permata sahaja tahu betapa berharganya permata itu. Adakah perkara sama terjadi kepada mereka yang tak reti menilai permata ? Tepuk dada tanyalah selera. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu