Kerana Politik, Agamaku Dipermainkan


Sedih sekali bila tengok komen-komen di social media. Nak marahkan parti politik yang tak disokong tapi dengan agama islamku tercinta juga turut menjadi mangsa.

Perkataan ulama, tok lebai sehinggalah pemakaian sunnah nabi muhammad saw turut disindir-sindir. Yang paling menyedihkan bila yang mengaku muslim tu galak sungguh mengomen mengecam di social media sehinggakan non muslim rasa tak bersalah turut sama join mengecam & menyindir bagai menggunakan istilah ulama dan tok lebai. 

Disini perlu saya jelaskan bukan semua ulama dan tok lebai itu join politik. Kalau nak marah dan sindir politician yang korang tak gemar tu kenapa guna istilah ulama & tok lebai ? Semua ulama & tok lebai tu join parti politik yang korang tak gemari tu ke ? Ade ke korang tengok non muslim bila diorang marah kepada politician diorg guna istilah sami atau paderi ? Takde kan ? So kenapa korang tidak berlaku adil kepada ulama & tok lebai. Disebabkan penggunaan meluas istilah ulama & tok lebai dalam ayat-ayat mengecam di social media, saya dapati sedikit demi sedikit rasa hormat kepada 2 golongan ini terhakis. Saya tak tahu apa salah 2 golongan ini. Mereka ini takde sangkut paut pun dengan politik .Mereka ini orang agama, orang yang arif pasal hukum hakam islam. Nak marahkan orang politik, please jangan kaitkan dengan 2 golongan ini. 

Perlu saya ingatkan disini memang ada yang mengaji bidang agama itu masuk politik TAPI bukan semua dalam politik tu ulama & tok lebai !! Lepas tu korang tahu ke ulama tu sape ? Sape yang layak digelar ulama nih ? Kalau tak tahu kena tanya. Jangan buat-buat tahu. Orang tak tahu nih seperti sesat ditengah jalan yang tak tahu hala tuju. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu