Kerajaan Kelantan Tarik Balik Saman Keatas Petronas


Kerajaan Kelantan akan menarik balik saman tuntutan royalti minyak ke atas Petronas dan Kerajaan Malaysia yang difailkan  sejak 2011.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini selepas mengambil kira ketetapan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat jawatankuasa Majlis Kewangan Negara.


"Antara perkara yang dimaklumkan ketika itu bahawa Kerajaan Persekutuan akan mansuhkan wang ihsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

"Jadi kita amat yakin dengan keputusan yang dibuat Dr Mahathir. Tindakan akan diambil Kelantan secara rasmi dengan segera," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim hari ini.


Kelantan memfailkan saman tersebut ketika negeri terbabit ditadbir oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bersama exco kanannya ketika itu, Datuk Husam Musa, Kelantan menyaman Petronas dan kerajaan pusat apabila Putrajaya tidak membayar royalti untuk minyak yang dicari gali di perairan negeri tersebut sejak 2004.

Saman terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan itu meliputi dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dan turut membabitkan isu perlembagaan.

Proses memfailkan saman tersebut berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 dan turut dihadiri Nik Abdul Aziz. Kerajaan Kelantan ketika itu diwakili peguam Tommy Thomas. Beliau kini dilantik menjadi peguam negara.

Ahmad sebelum ini pernah mengadakan kunjungan hormat bertemu Perdana Menteri  selepas PH memenangi PRU14 lalu.

Sumber Sinar Harian & Malaysiakini

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu