Peniaga Asing Berniaga Disebelah Pasar Besar Kuantan Mampu Meraih Beratus Ringgit Sehari !!


PASAR Besar Kuantan di Jalan Tun Ismail di sini, sememangnya menjadi tumpuan peniaga dan pelanggan menjalankan aktiviti jual beli barang keperluan harian setiap hari.

Namun di sebalik keriuhan peniaga dan penjual tempatan menjalankan urus niaga dalam pasar itu, wujud satu lagi ‘pasar’ dikuasai warga Bangladesh di Jalan Pasar dan Lorong Pasar Baru 1 di sini, yang terletak kira-kira 20 meter dari pasar besar sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada ia menyalahi undang-undang atau tidak.

Wartawan yang memperoleh maklumat daripada orang awam menjalankan tinjauan mendapati dakwaan berkenaan berasas apabila warga asing tanpa rasa bimbang menjalankan perniagaan secara haram di kaki lima kedai di situ.

Pelbagai barangan dijual ialah sayur, ikan, daun sirih, pinang dan kapur sirih malah ada yang menjual kad tambah nilai prabayar.

Tinjauan dilakukan seawal jam 9 pagi mendapati aktiviti perniagaan di kawasan itu dikuasai warga Bangladesh dan pelanggan mereka dalam kalangan warga Nepal dan Myanmar.

Peniaga ikan warga Bangladesh berkata, aktiviti menjual ikan di kaki lima bangunan kedai itu dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya berniaga jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Ramai kawan datang beli ikan dan sayur pada awal pagi. Kita jual ikan tertentu saja seperti jelawat, jebong, merah dan jenahak, sotong pun kami jual. Ikan ini saya beli di pasar borong Kemunting dan kadangkala ada peraih ikan hantar,” katanya.

Dia yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan dia tahu aktiviti itu salah di sisi undang-undang negara namun sanggup mengambil risiko kerana mahu meraih untung berlipat ganda.

Difahamkan, peniaga ikan itu mampu meraih keuntungan RM400 hingga RM600 sehari bergantung kepada stok ikan diperoleh serta dijualnya.

Pada masa sama, kelibat peniaga sayur dalam kalangan warga Bangladesh juga dikesan dengan kebanyakannya sayur digemari kumpulan warga asing itu seperti meranti, sawi dan daun sirih dijual pada harga RM2 seikat.

Tinjauan selama dua jam itu turut mengesan aktiviti penjualan kad prabayar dijalankan warga asing yang menyasarkan kumpulan pendatang sebagai pelanggan mereka.

Aktiviti pasar warga asing itu bukan saja memberi gambaran negatif kepada masyarakat, malah menimbulkan persoalan daripada segi kebersihan dan keselamatan warga tempatan.

Justeru, pihak berkuasa terutama Jabatan Imigresen Malaysia diharap memantau dan mengambil tindakan tegas aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang supaya tidak menimbulkan persepsi masyarakat.

Sumber : Harian Metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu