Tiada Sisa Toksik Dihasilkan Oleh Kilang Lynas Di Gebeng

Lynas Malaysia bukan loji nuklear dan tidak  menghasilkan  sisa nuklear, demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Lynas Corporation Ltd Amanda Lacaze.


Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata unsur nadir bumi berkualiti tinggi yang diproses di loji tersebut tidak menganjak paras radiasi di persekitaran.

“Amat  penting bagi orang ramai memahami radiasi merupakan sebahagian kegiatan harian kita. Kita terdedah kepada radiasi menerusi banyak cara, contohnya merokok, menaiki pesawat atau kadang-kadang hanya kerana kita merupakan sebahagian daripada persekitaran.

“Kami adalah syarikat yang mematuhi undang-undang, kami patuhi semua keperluan lesen, setiap perkara yang kami lakukan berkisar tentang memastikan ancaman sifar kepada orang-orang kami, ancaman sifar kepada persekitaran dan ancaman sifar kepada masyarakat,” katanya.


Lynas Malaysia mengoperasikan kilang pengeluaran di Gebeng, Kuantan yang memproses unsur nadir bumi dari lombong Lynas di Australia Barat sejak  enam tahun lalu. Bagaimanapun, wujud dakwaan bahawa kegiatan loji itu membahayakan kesihatan kerana ia menghasilkan sisa toksik dan radioaktif.

Minggu lepas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen  Kuantan Fuziah Salleh menjanjikan kajian semula yang ‘terbuka dan telus’ terhadap loji Lynas di Kuantan.

Mengulas lanjut, Lacaze berkata loji itu hanya mengeluarkan hasil sampingan nadir bumi dalam dua bentuk gipsum iaitu ‘phosphogypsum’ kaya dengan besi ( WLP) yang mengandungi radiasi pada paras sangat rendah yang terhasil secara semula jadi dan gipsum kaya dengan magnesium (NUF) iaitu  bahan bukan radioaktif. 

Kedua-dua produk dikendalikan secara selamat menurut peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

Sisa WLP di Lynas Malaysia disimpan di loji di dalam fasiliti  atas tanah yang direka bentuk dan diurus  mengikut peruntukan amalan terbaik antarabangsa.

Sementara itu, Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Lynas Malaysia Prof Dr Ismail Bahari  berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menjelaskan risiko radiasi daripada  operasi Lynas sangat rendah.

Katanya, gipsum merupakan bahan pelbagai guna yang digunakan dalam pelbagai sektor termasuk  industri binaan (simen dan lepa plaster) serta pertanian.

Mengenai kemungkinan kebocoran, Ismail berkata syarikat menjalankan penyelidikan kesan radiasi  selain  membuat unjuran 100 tahun mengenai kemungkinan sebarang kebocoran.

“Antara yang kita buat dalam penilaian impak radiasi ialah apa yang akan berlaku jika dilanda tsunami? Kalau anda kata tsunami, anda perlu tanya di mana lokasi kami,” katanya.

Menurut Ismail, beliau pernah mengukur paras radiasi di Lynas Malaysia dan mendapati ia setara dengan radiasi persekitaran di Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

“Malah (kadar radiasi) kami jauh lebih rendah berbanding sisa daripada kegiatan perlombongan bijih timah.

“Sisa ini sebenarnya boleh dikembalikan ke persekitaran berasaskan prinsip pengurusan sisa bagi radioaktif yang dipanggil ‘dilute and disperse’ (luntur dan pencar),” katanya sambil menegaskan pengeluaran dan penyimpanan WLP tidak mempunyai kesan negatif ke atas komuniti di kawasan sekitar memandangkan tiada peningkatan paras radiasi di persekitaran sejak loji memulakan operasi.

Sumber : Bernama

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan