Akhirnya Kuala Terengganu Akan Ada Mall Selepas Sekian Lama Menunggu




Terengganu ada supermarket & hypermarket, even mall pun ada di Terengganu. Tapi mall di Terengganu bukan terletak di Kuala Terengganu, ibu negerinya, tetapi di Kemaman yang merupakan pusat industri minyak & gas di Terengganu.




Dulu-dulu dah ada nak bukak mall di Kuala Terengganu iaitu Paya Bunga Plaza. Entah tak tahu masalah apa, Paya Bunga Plaza masih tak dibukak kepada umum sampai sekarang. Mcdonalds ada buka kejap kat situ tapi tupun dah ditutup. Ada ura-ura nak dijadikan sebagai digital mall tapi tu pun dah senyap sampai sekarang.



Lepas tu Paya Bunga Square. Time nak dibukak tu warga Kuala Terengganu cukup excited. Yang sedihnya Paya Bunga Square ini tak macam mall pun. Time buka hari tu kedai2 kecik & banyak yang menjual songket & batik.

Lepas tu pulak diumum pembinaan KTCC Mall tak silap saya pada tahun 2013. Sekarang dah tahun 2018, maksudnya dah 5 tahun berlalu namun KTCC Mall masih belum siap. Jangkaan saya ianya akan dibukak mungkin pada tahun 2020.





Sabasun jugak ada rancangan untuk membina mallnya sendiri yang patuh shariah. Tapi menurut owner Sabasun, rancangan untuk membina mall itu tak dapat diteruskan buat masa sekarang kerana suasana ekonomi yang tidak mengizinkan.


Shopping mall yang saya letak harapan akan dibukak mengikut jadual adalah Mayang Mall. Ini kerana PHB iaitu pemilik Mayang Mall punyai dana yang cukup untuk memastikan Mayang Mall ini dapat disiapkan dan dibukak kepada umum pada tahun 2021. SOGO pun telah bersetuju untuk membuka cawangan pertama di pantai timur didalam Mayang Mall ini.


Ada lagi desas desus TNB jugak akan membina mall didalam projek menara berkembarnya di Kuala Terengganu. Bagaimana rupa bentuk pembangunan itu nanti masih belum diketahui.



Akhir kata, saya berharap sangat Mayang Mall & KTCC Mall dibukak kepada umum nanti. At least ada tempat untuk warga kuala terengganu untuk lepak2 dan shopping dengan lebih selesa especially time musim tengkujuh.

gambar adalah dari sumber pelbagai carian google




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan