Huawei Sedang Usahakan Artificial Intelligent Yang Boleh Memahami Emosi Manusia


Kalau di Barat ataupun di Tempat kita, smart speaker pada dasarnya hanyalah Google, Amazon & jugak Apple. Tapi lain pulak ceritanya di China kerana syarikat disana bersaing untuk memajukan AI interface. Bunyinya macam menarikkan ?

Emotionally Intelligent AI Smart Speakers

Huawei, salah satu leader dalam industri gadget di China bercadang untuk melengkapkan Voice Assistant dengan kemampuan untuk memberi respond kepada emosi manusia. Perkembangan ini dialu-alukan tapi mungkin jugak ada yang menganggap ianya mengganggu.


Inovasi AI Terbaik Mungkin Datang Dari China. Sape Tahu kan ?

Lagipun di China, Huawei akan bersaing dengan Tencent, Alibaba, Baidu, Xiaomi, dan lain-lain dimana teknologi AI terbaik akan menang. Huawei mahu mengubah macam mana pengguna berinteraksi dengan Huawei Voice Assistant. Huawi tengah membangunkan AI yang boleh menjadikan perbualan itu antara pengguna dan Voice Assistant lebih interaktif secara emosi, menurut seorang eksekutif kanan Huawei.

Industri Antara Muka AI Akan Menjadi Industri Berbillion Ringgit

Menurut CNBC, voice-powered virtual assistant kini berfungsi dengan memberikan maklumat - "Apakah keadaan cuaca hari ini ?" - atau menyelesaikan tugas kecil seperti menghidupkan playlist lagu. Huawei mahu mengambil langkah yang lebih kedepan dengan mencipta voice companion untuk memenuhi beberapa keperluan emosi penggunanya.

Huawei kini ada sehingga 110 juta pelanggan yang menggunakan khimat Voice Assistant setiap hari di China. Maka menjadikan Voice Assistant lebih pintar dengan interaksi emosional adalah cara yang bagus untuk mengekalkan pengguna tidak beralih kepada jenama lain.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia