Kalau Di Pantai Timur Lelaki Terengganu Paling Hensem




Kalau di pantai timur, lelaki terengganulah paling hensem

Itu bukan saya yang cakap yea tapi member perempuan saya yang cakap time bawak dia ronda-ronda ke negeri Terengganu Darul Iman time dia bercuti.

photo Neocha

Dah banyak kali dia meminta saya jadi pemandu pelancong untuk perkenalkan Terengganu kepada dia. Tapi nak buat macam kalau masing-masing busy. At last dapat jugak saya bawak beliau kenal negeri terengganu yang indah ini.

Bukan main seronok lagi dia bila dah berada di Terengganu. Maklumlah 1st time datang Terengganu. Kebanyakan masanya pun bukan kat Malaysia tapi kat luar negara. Dah menjadi impian dia nak kenal seluruh negeri. Kata dia Malaysia lagi cantik. Tipulah kalau sebelah luar lagi cantik. Dialah yang bagitau macam tu, bukan saya yea.




Dia hanya cuti 2 hari saja. So dalam 2 hari tu agak rushing jugaklah nak bawak dia kesitu ke sini. Saya bawak dia Chinatown ditengah bandaraya Kuala Terengganu. Lepas tu gi try ikan bakar kat Kubur Tunggal ke Bukit Tunggal (tak ingat dah nama). Lepas tu bawak gi Pasar Payang (kat sini memborong sakan dia). Bawak gi muzium (dia nih passionate kot pasal sejarah). Bawak gi Taman Tamadun Islam (sempat solat sunat kat sini). Bawak gi makan nasik dagang Atas Tol (ramai giler orang beratur sedangkan kami dah gi sana diawal pagi kot). Bawak gi makan udang celup tepung kat Penarik.

Hari last day dia kat Terengganu masa saya hantar dia ke airport, dia bagitau selama 2 hari dia ada kat Terengganu nih, dia perhatikan ramai lelaki kat Terengganu nih kacak-kacak & sedap mata memandang.

"I wish i will get a husband from here, who know right"

Suka hati engkaulah nak laki dari mana pun janji kau bahagia.



Kalau Di Pantai Timur Lelaki Terengganu Paling Hensem Kalau Di Pantai Timur Lelaki Terengganu Paling Hensem Reviewed by Maaf Sebut on Disember 28, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.