Kedai Kak Mah Sate 3 Machang : Kisah Kejayaan Anak Muda Kelantan


Kalau ada kat Machang rasa tak sah kalau tak singgah ke kedai Kak Mah Sate 3 kat jalan Machang – Tanah Merah. Senang jea nak jumpa kedai satay famous ini. Cari Petron. Kenapa Petron ? Sebab kedai satay ini betul-betul disebelah stesen minyak Petron.



Kalau nak datang makan satay kat sini kena datang awal. Kalau datang lewat alamatnya takde mejalah nak duduk sebab kat sini selalu ramai orang. Macam saya sendiri pun saya datang sebelum Maghrib.  Kat sini specialnya adalah bahan untuk marinate satay tu & kuahnya. Rasa satay kat sini lain dari tempat lain. Rasa rempah perap tu semacam semuanya cukup-cukup hinggakan kalau nak makan satay gitu tak cicah dengan kuah pun no problem. Selain satay daging & ayam, yang specialnya kat Kedai Kak Mah Sate 3 ini kerana ade menyediakan satay rusa, satay itik, satay arnab dan satay kambing. Kalau kat Kelantan, takde tempat lain yang menjual satay seperti Kedai Kak Mah sate 3 nih. 


Apa yang saya nak kongsikan kat sini sebenarnya bukan pasal cerita makan satay. Saya nak cerita pasal owner Kedai Kak Mah Sate 3 sebenarnya. Kedai Kak Mah Sate 3 ini diuruskan oleh Ones Hazrul. Muda lagi orangnya. Beliau adalah generasi ke3 yang menguruskan perniagaaan satay ini. Menurut beliau, perniagaan sate ini dimulakan oleh datuk neneknya berpuluh-puluh tahun dahulu. Dulu-dulu diorang jual sate dari rumah sahaja. Apabila mendapat sambutan luar biasa, barulah dibukak gerai. Hanya selepas Ones Hazrul ambil alih lah barulah sebuah kedai makan sate yang besar dibukak kat Machang ini. 


Kalau tengok Ones Hazrul tu macam happy jea orangnya tapi sebenarnya pelbagai liku dan kesukaran dilalui dalam memastikan perniagaaan sate milik keluarganya it terus kekal dan releven. Beliau pernah mencuba melebarkan sayap perniagaan sataynya menggunakan food truck tapi malangnya tak berjaya. Walaupun begitu, beliau tak mahu berputus asa, beliau focus kepada kedai satenya sekarang di Machang. Sekarang pun kedai beliau tengah dibesarkan dan dimodernkan dengan konsep kontena. Menarik tu kan. Beliau target kerja-kerja renovasi ini akan siap sepenuhnya tahun depan. 


Selain kedai satay, Ones Hazrul turut mengusahakan kilang membuat satay untuk diedarkan kepada usahawan lain yang berminat untuk mengusahakan perniagaan kedai/gerai sate. Yang bestnya kilang beliau usahakan ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut beliau, kilang yang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan memudahkan beliau nanti dalam usaha melebarkan bisnes sate beliau. Beliau jugak bercita untuk melebarkan perniagaan satenya ini bukan sahaja di Malaysia tetapi kalau boleh sehingga ke New York, London, Paris, Dubai & Hong Kong.


By the way memang seronok berborak dengan usahawan muda ini kerana beliau cukup bermotivasi, optimist dan cukup yakin dengan diri. Keyakinan diri beliau sehinggakan membuatkan saya sendiri turut berasa yakin. Saya harap segala impian dan perancangan masa depan beliau akan berjaya.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu