Kemah Anak Besut !! Pok Chek Kayu Kelat Menang Kejohanan Muay Thai Uni Super Championship (USC) di Vietnam


Anak jati kelahiran Besut, Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menumbangkan juara bertahan sukan lasak Muay Thai dari Vietnam pada Kejohanan Muay Thai Uni Super Championship (USC) di Vietnam, semalam.

Muhammad Azizi Shamsuddina, 19, atau lebih dikenali dengan gelaran Pok Chek Kayu Kelat itu menewaskan jaguh Muay Thai tuan rumah, Wein Choi dengan kiraan mata bagi kategori 51 kilogram (kg).



Pok Chek berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang pada kejohanan USC itu kerana sedia maklum dengan kehebatan dan pengalaman atlet terbaik dari seluruh negara bertanding.

“Saya dijadualkan bertemu jaguh Muay Thai tuan rumah kategori 51kg pada kejohanan itu, justeru ia bukan sesuatu yang mudah untuk memenanginya.


“Bagaimanapun, bersandarkan kepada semangat dan amanah dipertanggungjawabkan sebagai mewakili Kelab Muay Thai Kayu Kelat Along Project Terengganu dan negara, saya berjuang habis-habisan,” katanya kepada NSTP di Kuala Terengganu, hari ini.

Tambahnya, dia menjalani latihan rapi untuk menyertai kejohanan USC itu sejak dua bulan lalu di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Hafiz Rozaidi Ramli.

Menurutnya, latihan itu memang berbaloi apabila berjaya menewaskan lawan yang jauh lebih berpengalaman, sekali gus menjadi kemenangan pertama di luar negara sejak enam tahun bergiat dalam sukan itu.

“Dua tahun lalu saya pernah mengimpikan kemenangan pertama di luar negara ketika menyertai Kejohanan Muay Thai Terbuka di Thailand, tetapi tidak kesampaian.



“Justeru, apabila berjaya menewaskan lawan pada kejohanan USC, segala kesedihan dan kekecewaan lalu terubat,” katanya yang merahsiakan hadiah diperoleh hasil kemenangan itu.

Menurutnya, dia akan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Jelajah Terengganu Siri 1 pada 28 hingga 29 Disember ini di Dataran Shah Bandar, Kualaq Terengganu dan akan melawan jaguh muay thai dari Thailand, Pir Rut.

Katanya, dari segi rekod, dia sudah mencatat 38 kemenangan, lapan kekalahan dan 15 seri dalam sukan Muay Thai dan berharap rekod kemenangan akan sentiasa bertambah pada masa akan datang.

Sumber Harian Metro




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan