Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tersenarai Sebagai Lagu Paling Trending Di Google Malaysia


Bulan terakhir setiap tahun pastinya digunakan untuk mengukur pencapaian dan kejayaan yang telah dilakarkan oleh individu, organisasi atau kumpulan. Setiap tahun sistem carian terkenal Google akan menyediakan senarai kata kunci yang paling trending di sesebuah negara berdasarkan beberapa kategori.

Google Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai carian trending dalam kategori carian umum, orang, filem, muzik tv serta berita dan peristiwa.


Apa yang menjadi topik perbincangan orang ramai ialah keputusan yang dipaparkan dalam kategori carian lagu yang menunjukkan lagu yang paling banyak menerima kecaman nyanyian usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri ‘Bobo Di Mana’ telah menduduki carta ke-3 selepas ‘Baby Shark’ dan ‘Perfect’.

Manakala melalui kategori carian ‘orang’ yang menunjukkan pasangan bekas perdana menteri dan isteri yang mengungguli carta top 5 malah mengalahkan carian Duchess of Sussex, Meghan Markle. Selain itu beberapa ahli politik juga menjadi carian trending seperti Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq.



Melalui kategori filem pula, ‘Hantu Kak Limah’ telah disenaraikan sebagai satu-satunya filem melayu yang termasuk dalam carian trending pada tempat ke-7 manakala Black Panter masih menjadi filem paling trending. Untuk senarai penuh carian bagi setiap kategori, anda boleh terus layari Google Trends trending di Malaysia.

Sumber the vocket


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu